myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (15)

Posted by ckyndyg On January - 21 - 2013 0 Comment

Hola!

Apa itu Gout?

Gout berlaku

Gout berlaku

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang menghidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

– Serangan akut (tiba-tiba).
– Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN) ialah:-

– Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
– Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
– Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
– Daging merah.
– Cendawan.
– Yis (roti putih, roti manis).

Bagaimana PERFORMANCE DRINK membantu pesakit gout?

Memandangkan pesakit gout memerlukan air yang banyak, di sini Performance Drink membantu mengekalkan bendalir dalam badan. Amat sesuai sekali bagi mengawal kehilangan air dari badan dan ini amat penting bagi pesakit gout.Penderita gout juga wajar menjauhi minuman berkafein, kerana ia bersifat diuretik. Ini ekoran dari kekurangan air dalam badan sehingga menyebabkan konsentrasi asid urik dalam darah menjadi tinggi, hingga ia boleh membentuk kristal di bahagian sendi.

Mengelakkan kekeringan bendalir di dalam badan

Mengelakkan kekeringan bendalir di dalam badan

credit to: thetole.org, Mommy Lina

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :