myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (16)

Posted by ckyndyg On January - 19 - 2013 0 Comment

Hola!

Kesakitan yang kita alami adalah semata-mata isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena di bahagian anggota badan kita. Ini termasuklah sakit di bahagian belakang kita. Sakit belakang ni subjektif.Kebanyakan sakit sakit tulang belakang disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak spesifik dan kadang-kadang kita boleh mengalami sakit belakang ni on-off

Ambil suplemen semulajadi bagi mengatasinya

Kadang-kadang sakit belakang boleh disebabkan oleh masalah biasa seperti mengangkat barang, postur semasa bekerja di pejabat dan sebagainya. Apabila mengangkat barang, ramai yang lazimnya membongkokkan badan, padahal mereka sepatutnya membengkokkan kaki bagi gerak mengusung yang diperlukan. Pekerja pejabat pula duduk di meja dan menghadap komputer berjam-jam tanpa regangan. Kesakitan setempat boleh timbul apabila sesuatu kawasan diregangkan atau otot yang digunakan secara berlebihan.Ramai daripada pesakit ini wanita bekerja atau berumahtangga. Kebanyakan mereka bekerja dan duduk di kerusi terlalu lama. Seperti yang saya telah maklumkan bahawa postur duduk yang tidak sesuai menyumbang kepada sakit belakang.

Satu lagi ciri kumpulan ini ialah mereka yang kurang bersenam atau aktiviti rekreasi kerana sibuk dengan kerja pejabat dan rumah. Mereka tidak sihat secara fizikal dan mental. Kepenatan, stres dan sedikit sebanyak tekanan menyebabkan mereka merasa sakit belakang lebih daripada orang biasa. Kerja mengangkat benda berat yang jarang dilakukan mencetuskan gejala sakit belakang yang teruk kerana teknik yang salah dan kelemahan fizikal.

Sekiranya sakit belakang yang dialami adalah tidak serius kerana besar kemungkinannya disebabkan sakit belakang biasa,sakit ini boleh sembuh dengan pengambilan suplemen semulajadi.

Kalsium Semulajadi

Anda pasti sudah tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Kita terpaksa mengambil susu kerana ia baik untuk diet seharian. Keperluan kalsium amat penting untuk memastikan fungsi badan beroperasi dengan lancar. Tambahan ia baik untuk manfaat semulajadi pada kesihatan tulang.Jadi, bagi yang tidak menggemari minum air susu, bolehlah mengambil Ostematrix@Kalsium dalam bentuk tablet.Namun, para penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangat diperlukan untuk menguatkan tulang, iaitu vitamin K.

Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin K, berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang, sehingga membuatnya lebih padat. Ketika tulang anda kuat, maka tubuh semakin fit dan risiko mengalami kecederaan yang menyebabkan sakit belakang pun berkurang.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing…
Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Bagi yang dah amalkan, tahniah kerana anda memberi tubuh badan anda antara suplemen formula terbaik dari Shaklee! Bagi yang belum cuba dan mengambil kalsium dari jenama lain, apa kata cuba Ostematrix Shaklee dan saya yakin anda akan jatuh cinta dengan kebaikan yang anda perolehi!!!!

Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Anda juga boleh add on dengan Advanced Joint Health Tablet ini

Rawat sakit sendi dengan berkesan

Untuk individu yang sakit-sakit sendi:-

•sakit sendi lutut
•sakit sendi tangan
•sakit sendi kaki
•sakit sendi bahu
•sakit sendi siku

Bolehlah ambil AJHT ni. Selepas 5 hari mengambil Advance Joint Health Tablet (2 biji) + osteomatrix (4 biji) sebelum tidur… dah tak ada bunyi keriok-keriok pada lutut. Rasa licin saja sendi-sendi terutama bila bangun dari duduk antara 2 sujud, naik tangga mahupun duduk lelama depan PC. Kalau tak, memang terasa.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :