myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (31)

Posted by ckyndyg On January - 6 - 2013 1 Comment

Hola!

Mesti ada orang tertanya ada ke set pantang Shaklee? Selalunya ibu-ibu akan memilih yang berbentuk jamu,air masak dan agak kurang yang mempercayai keberkesanan memakan vitamin tanpa sintetik atau semulajadi Shaklee semasa dalam pantang. Bukan ibu2 sahaja berfikiran demikian. Bahkan sebelum saya jatuh cinta dengan Shaklee saya turut berfikiran demikian tetapi apabila merasai keberkesanan, yakni terbukti berkesan, saya berasa bersyukur kerana berpantang dengan set pantang Shaklee.

Kenapa saya mengatakan ianya amat berkesan?

Pertama, badan berasa segar dengan B Complex. Emosi agak stabil. Bagi yang dalam pantang, anda akan mudah stress. Rasa nak cepatkan hari dan habis tempoh pantang tu cepat2. Betol tak? hehehehe…
Kedua, luka dalaman agak cepat sembuh dengan Vitamin C dan Zinc Complex
Ketiga, Vita-lea@Multivitamin yang memenuhi ruang2 kosong nutrien yang kurang mencukupi semasa dalam pantang. Bukankan kita di dalam pantang tidak boleh makan itulah…inilah..nanti meroyan. Bagi yang senior ni, agak takut dengan perkataan meroyan tu. Nau’zubillah.

Kenapa Vitamin2 ini dijadikan set berpantang?

Multivitamin@Vita-lea – Memandangkan ibu² kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu² perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.Memberi 28 jenis vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.Ia turut membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang dan saya sentiasa mengambilnya bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

B complex – Vitamin larut air, lengkap dengan 8B, membantu menukarkan gula kepada tenaga. Ia diperlukan dalam penghasilan sel darah merah di samping membantu menstabilkan hormon badan manusia. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih stabil. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi.

Vitamin C – Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.Vitamin C membantu menjaga keanjalan salur pembuluh darah kita.

Zinc – Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka. Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.Dan berita yang amat suka bila makan zinc ni, perut tiada lagi sakit (dapat tahu daripada bidan yang mengurut perut saya) dan rambut pula kurang gugur.

kredit: Nur Salwa, Kak N & MamaFaiz.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :

One Response so far.

  1. Dalibor says:

    Hello there! I simply want to offer you a huge thmubs up for your excellent info you’ve got right here on this post. I am returning to your website for more soon.my web blog;