403 Forbidden


nginx
myhabibysuperb.com
Posted by Admin On March - 26 - 2013 0 Comment

Hola!

Dalam bulan Mac ni saya terpaksa ambil extra cuti sebab nak jaga anak-anak kena CIRIT-BIRIT. Mula dengan anak saya yang sulung, Khilfi Hannan. Lepas tu adiknya, Khasif Allya. Semasa saya menaip new entri ni pulak, adik mereka pula yang kena. Ibrahim Habib masih menyusu badan. Jadi, saya perlu kerapkan menyusu Habib untuk bekalkan zat kepada dia.

Mereka ni cirit-birit yang disertai muntah-muntah, demam, hilang selera makan, sakit atau kejang perut ataupun perut kembung. Kesian sungguh keadaan mereka yang lesu, tidak bermaya, asyik mengantuk atau tidur je. Layan mata je. Kalau lepas makan atau minum, tak lama pastu akan diikuti dengan muntah ataupun cirit-birit. Buang angin pula akan disertai dengan najis/ cirit-birit.

Anak lesu, tidak bermaya dan kurang aktif- tanda-tanda anak cirit-birit

Anak lesu, tidak bermaya dan kurang aktif- tanda-tanda anak cirit-birit

Mereka kerap membuang air besar dan najis cair selama beberapa hari dan doctor memaklumkan bahawa ia disebabkan oleh jangkitan bacteria seperti Shigella, Escherichia Coli dan Virus seperti Rotavirus dan parasit.

Tanda-tanda anak yang CIRIT-BIRIT:-

  • Mulut kering
  • Mata cengkung (gelap je bawah mata dia orang)
  • Kulit kering dan berkedut
  • Sedikit atau tiada air mata apabila menangis
  • Tidak ada kencing selama 4-6 jam
  • Kurang daripada 3 kali sehari je kencing
  • Ubun bayi kelihatan lekok
  • Tidak aktif atau tidak bermaya

Ibu-ibu yang masih mempunyai bayi dan mengalami cirit-birit,jangan dipandang ringan. Ini disebabkan kekerapan mereka membuang air besar akan menyebabkan mereka dehidrasi atau kekurangan bendalir dan elektrolit tidak seimbang dalam badan mereka. Dehidrasi adalah komplikasi cirit-birit yang teruk di kalangan bayi.

RAWATAN:-

  • Kerapkan beri anak anda atau lebihkan menyusu anak bagi ibu  yang menyusukan anak.
  • Beri bayi lebih susu formula seperti formula tanpa laktosa
  • ELAKKAN: air kosong, minuman soda, minuman sukan, jus buah-buahan, teh dan sup ayam
  • Berikan anak yang berusia 2 tahun ke atas minuman untuk hidrasi (ORS) berkesan menggantikan bendalir badan dengan segera.
  • Tukar lampin bayi selepas setiap kali dia membuang air besar untuk elak ruam.
  • Berikan bijirin, kentang lenyek, bubur nasi, pisang lenyek dan makanan berserat tinggi bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas.
  • Minta makanan tambahan zink daripada doktor.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pemberian makanan tambahan zink untuk kanak-kanak yang mengalami cirit-birit adalah selama 10 hingga 14 hari, semasa dan selepas cirit-birit kerana ia akan mengurangkan tempoh dan tahap keterukan cirit-birit
  • Bawa anak-anak jumpa doctor. Jangan tunggu lama-lama…Nanti sakit makin melarat…

Jadi, kita sebagai ibu bapa ni kenalah main peranan untuk mendidik anak menjaga kebersihan. Pastikan kita memastikan kebersihan semasa mengendalikan makanan dan minuman anak-anak tersayang.

Tapi kalau yang dewasa mengalami kekurangan bendalir, anda amat-sangat mengambil atau meminum Performance Drink.  Ianya dapat mengatasi masalah kekurangan bendalir atau ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan. Berperisa oren ini tidak akan menghampakan anak anda yang berusia 2 tahun ke atas untuk menikmatinya. Badan bertenaga dan muka anak akan ceria. InsyaAllah.

Mengelakkan kekeringan bendalir di dalam badan

Mengelakkan kekeringan bendalir di dalam badan

 

Tekan 012-8585813 untuk berkongsi cara anda atasi masalah anak cirit-birit. atau emel to ckyndyg206@gmail.com

 

 

 

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :