myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (1)

Posted by ckyndyg On March - 23 - 2013 0 Comment

Hola!

Hari ni saya nak share sikit tips penjagaan rambut untuk semua wanita yang bertudung. Bagi setiap wanita, penjagaan rambut ni sangat penting, terutama untuk kaum wanita yang bertudung. Cuba bayangkan kalau rambut gugur banyak dan makin jarang pulak tu, mesti stress kan… So kalau taknak perkara ni terjadi, pastikan baca tips-tips di bawah ni:-

tudung

1.Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari
Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Cuci rambut juga perlu pilih shampoo yang sesuai. Bab ni akan kita sentuh dalam tips #5. kalau yang rasa tak selesa & perlu cuci setiap hari, pilih shampoo yang sesuai dengan kulit kepala atau jenis rambut.

*TIPS BERGUNA: Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kerja atau outing siang hari.

2. Keringkan Rambut Secara Semulajadi
Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala. Anda boleh gunakan hair dryer pada masa nak cepat dan elakkan guna selalu- nanti rambut cepat rosak

Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna hair dryer yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan.

3. Pilih Kain Tudung Yang Lembut
Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.

Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar dan menjaga aurat anda yang bertudung.

4. Rehat Dulu
Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala “bernafas” terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Just rileks dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada air-cond lebih baik! Switch on aircond dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!

5. Cari dan Pilih Shampoo Yang Sesuai
Shampoo memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. Bagi saya yang paling penting pilih yang berasaskan yang semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. Tapi apapun, ada guideline asas untuk pilih shampoo jenis apa yang sesuai dengan jenis rambut kita. Bab ni kita akan sentuh pada siri tips akan datang. 🙂

Oh yes, jangan pakai syampu 2 in 1 yang ada conditioner sekali. Ini disebabkan shampoo sesuai untuk kulit kepala manakala conditioner pula untuk rambut, so tak berapa efektif kalau pakai 2 in 1 shampoo.

Tidak mempunyai bahan kimia yang kuat- berasaskan tumbuhan

Tidak mempunyai bahan kimia yang kuat- berasaskan tumbuhan

 

6. Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada

Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa sedap sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh. Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya.

Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, boleh gunakan produk rawatan rambut Shaklee. Ianya halal dan paling penting berkesan. Boleh cuba set syampu dan conditioner yang memang sesuai dengan jenis masalah rambut anda.

p/s: Selesaikan Masalah Rambut (Gugur, Kelemumur, Berminyak, Kering) dengan Hanya 3 Langkah Mudah! Serta dapatkan Shampoo dan set penjagaan rambut Shaklee yang Halal dan Terbukti Berkesan.

Rambut kelemumur: Purifying Shampoo & Replenishing Conditioner

Rambut gugur: Revitalizing Shampoo & Lightweight Conditioner + Nourishing Scalp Treatment

 

kredit: Kak Aina

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. ďż˝ * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak.   Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :