myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (3)

Posted by ckyndyg On May - 17 - 2013 4 Comments

Hola!

Kali ni saya nak share tentang masalah hormon dan haid yang tidak teratur. Biasanya sesetengah wanita mengalami masalah hormon dan haid yang tidak teratur selepas bersalin. Walau demikian, masalah haid tidak teratur turut dialami oleh golongan wanita yang belum lagi berkahwin atau masih bujang. Ada sesetengahnya mengaitkan dengan masalah cyst lah, fibroid, dan macam-macam lagi.

Haid ialah darah alami yang keluar dari perempuan yang sihat. Ia adalah tanda seseorang wanita itu sihat dan normal dan menunjukkan bahawa seseorang wanita itu subur dan sudah bersedia untuk hamil. Namun, wanita yang mengalami kitaran hadi tidak normal selepas bersalin, ia menjadi igauan kerana jika tidak berhati – hati, mungkin berlaku ‘ter accident’ hamil semasa bayi masih kecil. Ini disebabkan apabila kitaran haid normal iaitu tetap dan teratur, mudah untuk anda merancang keluarga secara semula jadi.

Bagaimanapun ada segelintir wanita mengalami kitaran haid tidak sempurna seperti sebelum hamil iaitu mengalami haid dalam tempoh masa yang panjang, singkat malah tiada langsung mendapat haid. Selain itu, ada juga mendapat haid keadaan yang sedikit atau banyak.

Ketahui kitaran haid anda

Ketahui kitaran haid anda

Namun gangguan haid tidak normal selepas bersalin adalah perkara biasa dan tidak bahaya jika tidak berpanjangan. Haid tidak normal berlaku selepas melahirkan antaranya disebabkan penyusuan susu ibu, berlebihan hormon prolactin dan pengambilan pil perancang. Ia boleh dianggap normal jika berlaku dalam satu tempoh kitaran haid yang tidak lama. Bahkan ada segelintir ibu mengalami haid tertunda, putaran haid lebih lama atau kurang serta tidak mengalami haid selepas melahirkan si manja sepanjang tahun. Malah ibu ini juga tidak menyusui bayi secara eksklusif.

Kajian ada menunjukkan 10 sehingga 30% wanita mengalami peningkatan kadar prolactin yang terus menerus meskipun darah nifas sudah berhenti. Gangguan hormon ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid. Situasi ini dikenali sebagai hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan tertundanya masa haid, situasi ini juga menyebabkan amenorrhea iaitu suatu keadaan apabila ibu tidak mengalami haid sepanjang tahun. Bahkan ada juga wanita yang mengalami masalah ini turut mengalami oligomenorrhea (putaran haid lebih lama daripada 35 hari), atau polymenorrhea (putaran haid kurang daripada 21 hari).

Rawat masalah hormon

Rawat masalah hormon

Setelah memperoleh diagnosis ke atas gangguan kitaran haid, biasanya doktor  akan menyarankan suplemen zat besi atau ubat – ubatan untuk menstabilkan hormon anda supaya kitaran haid anda kembali normal. Selain itu, bagi wanita yang mengalami masalah ini, juga boleh mengambil GLA Complex yang bagus untuk mengatur kitaran haid atau hormon.

Apa itu GLA?

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan. GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.

Antara kebaikan GLA Complex Shaklee:-

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin
  • Mampu mengecutkan cyst

Antara punca utama haid tidak teratur ialah:

  • Horman tidak seimbang / berlaku perubahan horman
  • Stress / tekanan
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Peningkatan berat badan
  • Kekurangan nutrisi tertentu

Testimoni dari blog sinar cahayamata:-

“Thanks pd feeza, GLA best sgt.. Dlu period nani x teratur sejak kawen pd awal thn 2011 .. Pd bln puasa thn 2011 nani dpt puasa penuh sb x dtg haid.. Tp alhmdlh lps gna GLA thn lps (2012), period nani dah teratur hingga skang.. Nani sgt bsyukur, n hb pon ckp bgs GLA ni.. Sb dia pon tau nani da mslh period dah lama…. Yang penting 1 botol GLA yg nani beli dr feeza pd jun thn lps blom hbs mkn lg, sb nani jarang2 mkn (terlupa), tp alhmdh walaupon dgn pngambilan yg tetap, GLA tetap mbantu mslh nani.. Thanks Shaklee.

Jelas, GLA dapat membantu masalah mereka yang mengalami haid tidak teratur atau senggugut. Seorang pengguna GLA telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mengalami senggugut teruk berbanding sebelum mengambil GLA. Sebelum ini beliau bergantung pada painkiller dan sekarang tidak lagi. Saya turut menyarankan kepada beliau untuk mengambil B Complex dan OsteMatrix untuk membantu masalah beliau.

Anda yang mengalami masalah ini boleh menghubungi dan  dapatkan GLA Complex daripada Sikin 012-8585813: sms/WhatsApp/We Chat

 

Sumber: Pa&Ma

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :

4 Responses so far.

  1. puspa says:

    Salam sejatera,
    saya berumur 28 tahun dan kitaran haid saya adalah 2 bulan sekali.adakah ia normal

    • ckyndyg says:

      Hi dear Puspa.

      Itu bukan normal dear. Yang normal ialah bila kitaran haid kita dalam 28-33 hari dalam satu bulan. Bagi masalah kitaran haid, akak syorkan puspa cuba GLA Complex kerana ia sangat membantu untuk mengatur kitaran haid atas masalah hormon. GLA sgt membantu dalam membetulkan hormon wanita.

      Adakah Puspa kena senggugut? Sekiranya Puspa sering kena senggugut pun elok amalkan GLA COmplex. Ostematrix utnuk membantu meringankan rasa sakit senggugut. Add on pula dengan B Complex yg elak kita rasa stress sgt2 time period.

      Terima kasih kerana bertanya Puspa. Good Nite & have a nice day dear!

  2. Tevianna says:

    hye saya pun mengalami masalah seperti puspa , kitaran haid saya dari mula normal . lama-kelamaan kurang NORMAL , SOMETIME SAYA DTG PERIOD 3 OR 2 BULAN SEKALI..THEN BERAT BADAN SAYA pun naik mendadak dan lambat nak turun if nak diet ..

    • ckyndyg says:

      Hai dear!

      Terima kasih atas pertanyaan dan perkongsian masalah saudari. Bagi mengatasi masalah period yang tidak teratur, saudari boleh cuba GLA complex dan dah beberapa orang yang mengamalkannya sudah tidak mengalami masalah period tidak teratur. Bahkan kulit pun takde masalah. Nak dapatkan GLA, boleh call me Sikin or sms/whatsapp 012-8585 813 dear.

      Terima kasih tau.