myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (5)

Posted by ckyndyg On June - 23 - 2013 2 Comments

Hola!

Pening kepala bila rasa loya atau mual

Pening kepala bila rasa loya atau mual

Kita biasanya mendengar ibu hamil sering mengalami angin dalam badan. Ini disebabkan perubahan homon di dalam badan setiap ibu yang mengandung. Rasa loya boleh menyebabkan ibu berasa tidak ingin makan atau minum. Apatah lagi ibu hamil memerlukan penambahan 300 kalori/hari berbanding biasa terutamanya di trterakhir kehamilan. Bahkan ada ibu yang binggung dengan kandungan nutrisi yang anak dapati hasil makanan ibu. Jadi, saya ingin merujuk hasil kajian yang dijalankan, kebanyakan ibu hamil mendapati selera makan lebih terkawal dengan makan dalam jumlah yang sedikit sebanyak enam kali sehari berbanding makan dengan banyak tiga kali sehari. Sekiranya makan 6 kali sehari tapi dalam jumlah yang kecil, ia akan berupaya membekalkan zat pemakanan untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan.

Antara TIPS yang boleh diamalkan ialah:-

Makan roti cracker

Makan roti cracker

  1. Makan biskut seperti roti crackers. Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah;
  2. Ambil makanan tertentu dalam hidangan atau kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong setiap 2 jam walaupun anda tidak berasa lapar. Ini dapat mengelakkan perut kosong terisi dengan asid yang boleh menyebabkan ibu berasa loya;
  3. Kerap mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar, kering ( saya suka makan buahan kering guava), biskut dan lain-lain;
  4. Elakkan makan makanan pedas, berlemak dan bergoreng dalam jumlah yang keterlaluan;
  5. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang panas akan mengeluarkan bau yang tidak diingini dan tanpa disedari boleh menyebabkan ibu berasa loya;
  6. Elak makan atau minum yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, air bergas secara berlebihan dan merokok;
  7. Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air kosong sehari bagi menggantikan bendalir yang hilang. Ibu boleh minum segelas atau 2 gelas air bagi setiap jam;
  8. Elakkan minum air yang banyak semasa makan, sebelum ataupun selepas makan;
  9. Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Minum air halia juga boleh membantu ibu kurang rasa mual;
  10. Minum air berperisa lemon atau limau (masam) jika tidak berselera untuk minum air kosong;
  11. Jangan tidur semasa perut berasa lapar. Makan roti cracker atau biskut yang diminati; dan
  12. Ambil vitamin pra kehamilan anda selepas makan atau sebelum tidur bagi mengelakkan rasa mual atau loya.

PETUA HILANGKAN LOYA & MUNTAH

  • Makan nasi yang lembut dengan kuah yang direbus;
  • Memamah sedikit gula, asam atau garam yang digaul seperti asam boi atau jeruk halia muda. Jeruk halia juga dapat membantu membuang angin badan.

Oleh itu, para ibu yang hamil, sekiranya mengalami rasa loya atau muntah sehingga menyebabkan ibu dehidrat, ibu boleh minum Performance Drink yang boleh membekalkan tenaga kepada ibu di samping mengelakkan ibu kurang air semasa mengandung. Loya dan muntah semasa hamil boleh menyebabkan ibu mengalami dehidrat yang biasanya menyebabkan rasa pening, dahaga dan membuang air kecil dalam jumlah yang sedikit.  Pastikan ibu mengambil makanan yang berkhasiat di samping mengambil suplemen semulajadi bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada anak yang dikandung.

Cheerrrssss…love…

Sumber: Pa&Ma

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :

2 Responses so far.

  1. syuhada amir says:

    bestnye tips nie…blh amalkan nnt kalau mabuk2 masa mengandung 🙂