403 Forbidden


nginx
myhabibysuperb.com
Posted by ckyndyg On July - 31 - 2013 0 Comment

Hola!

 

Radang sendi

Radang sendi

GOUT. Kawan saya mendapatkan Alfalfa, Omega dan Performance Drink untuk ayah tersayang yang kena gout.  Beliau memberitahu saya ayahnya tidak menjaga pemakanan dengan betul. Bahkan sering kali kita mendengar…”kalau sakit nanti mana nak rasa lagi makanan-makanan yang enak ini”. Adooiiiyaaaii… saya percaya prinsip orang macam ini kan, biar sakit janji perut kenyang. Tapi kesihatan tak jaga. Akhirnya macam-macam penyakit hinggap kat badan. Kalau hinggap sekejap dan lepas itu terbang takpe lah juga. Tapi kalau yang hinggap tak nak terbang-terbang dan terus menginap free kat badan macam mana mak oi. Apo nak dikato?

Harap pembaca-pembaca kedai ilmu saya tentang Gout ni tak suka hati je nak makan. Apa Gout ni? Gout merupakan penyakit radang sendi yang amat menyakitkan yang berpunca daripada pembentukan Kristal asid uric yang tajam seperti jarum. Kita tak rasa kesakitan mereka yang kena gout ni. Nauzubillah…

Siapa yang sering kena?

ü  Lelaki

ü  Individu yang obesiti

Penghidap Gout lebih kerap kena lelaki & obesiti

Penghidap Gout lebih kerap kena lelaki & obesiti

Berapa lama boleh kena?

ü  Beberapa hari

ü  Beberapa bulan (pun ada)

Lapan jenis makanan yang perlu dielakkan bagi individu yang GOUT?

  1. Minuman manis:- Elakkan minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti buah-buahan atau soda. Ini disebabkan pemanis tersebut akan merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.
  2. Kekapis:- Kurangkan pengambilan makanan  laut dan daging semasa kena gout. Makanan laut merupakan sumber makanan yang kaya dengan purine, yang diuraikan menjadi asid urik.
  3. Ayam belanda:- Antara makanan yang kaya dengan kandungan purine berbanding jenis makanan-makanan lain juga ialah ayam belanda dan angsa. Pesakit boleh memilih ayam dan itik yang merupakan makanan yang selamat. Walau demikian daging di bahagian kaki lebih baik berbanding di dada dengan kulit.
  4. Hati:- Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan pancreas patut dielakkan sama sekali.
  5. Daging merah:- Bukan semua daging mengandungi kandungan purine yang sama. Sebagaimana yang diketahui, daging putih lebih baik berbanding merah. Sekiranya ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda ataupun kambing.
  6. Herring:- Elakkan sama sekali herring. BEgitu juga dengan tuna dan ikan bilis. Namun sebaliknya pula, udang, udang kara, belut dan ketam agak selamat untuk anda.
  7. Asparagus:- Asparagus, bunga kobis, tomato, bayam dan cendawan antara makanan yang mengandungi purine berbanding lain-lain jenis sayuran. Tetapi sekiranya menggemarinya, tidak perlu untuk langsung tidak mengambilnya kerana walaupun kaya dengan purine, sayuran ini tidak menjadi isu berbanding daging merah.
  8. Bir:- Bir akan menimbulkan masalah dua kali ganda bagi penghidap gout. Ia bukan sahaja meningkatkan paras asid uric, tetapi juga menyukarkan system menyingkirkannya dari tubuh. Wain pula adalah pilihan yang lebih baik. Bagaimanapun elak ambil wain berlebihan.
Awasi pemakanan penghidap gout

Awasi pemakanan penghidap gout

Apa yang boleh dimakan?

  1. Produk tenusu
  2. Karbohidrat kompleks
  3. Kopi
  4. Teh
  5. Buah-buahan terutama sitrus
  6. Air jus buah tanpa gula
  7. Air kosong

Apa-apa saja minuman yang menggalakkan individu gout membuang air kecil dengan kerap. Anda juga perlu minum antara 12-16 cawan air sehari. Bukan semata-mata air kosong sahaja tetapi juga termasuk air jus buah tanpa gula, teh dan kopi.

 

sumber: iSihat

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :