myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (7)

Posted by ckyndyg On September - 21 - 2013 0 Comment

Hola!

Kali ni nak share rambut gugur yang dialami oleh para Ibu selepas melahirkan anak tersayang. Saya sendiri pun mengalami perkara ini dan sangat bertuah kerana berjumpa jodoh dengan Shaklee dan ia dapat mengurangkan jumlah rambut yang gugur setiap hari. Anda pula bagaimana ibu-ibu?

binggong rambut asyik gugur ke?

binggong rambut asyik gugur ke?

Tahukah anda bahawa kemungkinan ibu yang baru bersalin boleh hilang antara 50 hingga 100 urat rambut setiap hari? Lazimnya ibu yang berambut panjang lebih mengalami masalah ini. Adakah ibu lepas bersalin berisiko mengalami kebotakan? Tak naaakkkk. Masalah rambut gugur adalah antara dilema yang dialami oleh ibu selepas bersalin. Tetapi jangan panik, kepala ibu tidak akan menjadi botak! Huhuhu… Sebaliknya ia kembali normal antara masa enam ke 12 bulan selepas bersalin.

Rambut gugur menjadi lumrah masalah bagi ibu yang baru melahirkan anak. Malah, ada pendapat mitos mengatakan, apabila anak sudah pandai membuat ‘buih’, ketika inilah ibu akan gugur rambut dengan banyak. Apa yang pasti, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ianya tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan. Orang Melayu selalu cakap macam ni kan. Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam dua hingga tiga bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.

Hakikatnya rambut mempunyai fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Biasanya masalah keguguran rambut tidak dihadapi semasa hamil kerana rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut ketika itu. Malah ada yang mendapati rambut tumbuh lebih lebat ketika ini. Bagaimanapun, rambut mula gugur dua kali ganda selepas bersalin. Anda mulai risau melihat rambut gugur dengan banyak terutama ketika menggunakan shampoo.

Faktor keguguran rambut selepas bersalin :

1. Perubahan hormon

Hormon progesteron dan estrogen pada awanita hamil sangat tinggi dan ia melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari. Malah ketika ini, anda juga dapati rambut kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat ‘berehat’ . Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau disikat.

2. Tekanan

Kesibukan yang dihadapi oleh ibu perlu menguruskan bayi baru lahir memberi tekanan kepada dirinya. Malah keadaan lebih meletihkan apabila ibu juga perlu bekerja. Akibatnya mengehadkan masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

3. Kerap hamil dan bersalin

Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung beberapa kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Ia berlaku kerana tidak menjaga kebersihan rambut yang akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

4. Pemakanan

Sikap tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.

Sepatutnya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia enam hingga 12 bulan. Malah ada juga hanya mengalami masalah ini sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan. Namun, sekiranya keadaan berterusan, ibu boleh dapatkan khidmat nasihat pakar rambut kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh jadi akibat kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

 

Lakukan

·        Pengambilan makan berkhasiat yang diperkaya dengan protein dan zat besi. Antaranya telur, daging ayam, makanan gandum, tauge, sayuran hijau, buah-buahan segar, makanan laut, salmon, kunyit dan jintan.

·        Jangan lakukan rawatan rambut seperti mengeriting, mewarnakan, meluruskan sehingga rambut kembali normal.

·        Memotong rambut yang panjang. Ia mengelak rambut banyak yang gugur dan memudahkan juga dalam meguruskan si kecil.

·        Pemakaian syampu yang diperkaya dengan vitamin B, lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik.

·        Gunakan sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala iaitu jenis lembut. Elakkan menyikat rambut ketika basah keran struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur.

·        Minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana dapat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

·        Mengambil makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan mineral, zink dan protein.

·        Boleh memotong rambut menjadi pendek dapat mengurangkan masalah rambut gugur dan mudah diuruskan.

·        Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta kurangkan tekanan.

·        Jika rambut masih gugur dengan banyak, ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis. Segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Para ibu yang ingin mengurangkan jumlah rambut gugur, ibu boleh makan Zinc Complex dan Vitalea@Multivititamin. Kedua-dua sangat membantu menyelesaikan masalah keguguran rambut kita. Lelaki pun boleh ambil suplemen ni. Tak semestinya wanita sahaja ya.

Kalau nak makan zinc, ambil sebelum makan dan ini mudahkan penyerapan selepas kita makan malam. Vitalea pula anda boleh makan sebelum minum pagi. Supaya zat besi dapat menyerap dengan mudah juga pada awal pagi.

Vita lea bukan saja membantu pertumbuhan rambut, bahkan membekalkan tenaga kepada kita. Vitalea memenuhi nutrisi keperluan kita dalam sehari. Contoh, kalau tak cukup sayur makan sehari tu, Vitalea membantu anda memenuhi lompang nutrisi dalam diet anda. Ia juga membantu dalam stimulasi  metabolisme, pertumbuhan rambut, kulit, kuku dan hormon  kita. Amat banyak kelebihan Multivitamin ni. Jimat dan berbaloi-baloi pula tu.

Memastikan sel-sel hidup dan tumbuh

Memastikan sel-sel hidup dan tumbuh

Zinc tu kalau lelaki ambil, dapat tambah bilangan sperma yang terhasil. Zinc antara suplemen disarankan oleh Doktor pakar Sakit Tuan ambil untuk kesuburan kaum Adam. Kan best tu. Rambut makin tumbuh, sperma pula makin banyak. Bukan saja lelaki, bahkan zinc dapat membantu wanita untuk ovulasi. Zinc membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya. Best kan kelebihan zinc ni.

Mengurangkan rambut gugur

Mengurangkan rambut gugur

 

Amacam? Berminat? Apa taknya kan? masalah selesai denga rambut akankurang gugur dan dalam pada masa yang sama banyak khasiat akan dapat.

Call/sms/whatsapp 012-8585 813

PM www.facebook.com/Myhabibysuperbshaklee

 

sumber; Rapi

 

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :