myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (15)

Posted by ckyndyg On December - 23 - 2013 0 Comment

Hola!

Sayang anak tak? Sayang anak ke kalau anak mendapat penyakit diabetes akibat memanjakan anak-anak dengan memberi makanan yang tidak berkhasiat? Tipu kalau cakap tak sayang anak kan? Namun sayang anak pun hendaklah berpada-pada sehingga menyebabkan kasih sayang yang diberi boleh memudaratkan anak-anak. Terutamanya apabila mengikut telunjuk anak-anak yang ingin meminta makanan yang tidak berkhasiat.

 

Ambil secara berterusan akan memberikan kesan buruk

Ambil secara berterusan akan memberikan kesan buruk

Sepatutnya anak-anak seawal usia didedahkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan risiko jangkitan sesuatu penyakit bagi melahirkan generasi muda yang sihat, cerdas dan cergas. Bagi anak-anak yang berusia 7-8 tahun sudah boleh memahami tentang bahaya sesuatu penyakit seperti diabetes.

Kalau dulu, umur 30 tahun ke atas baru kita dengar ada penghidap diabetes. Tetapi sekarang, umur 12 tahun pun dah kena diabetes. Ini akibat corak pemakanan yang tidak terkawal dari kecil. Ibu bapa hanya memberi makanan kepada anak-anak tanpa memikir kesan dan akibat sekiranya memberi makanan berlebihan kepada anak-anak.

Hanya 5% anak-anak mengetahui mengenai penyakit diabetes ini. Pengambilan makanan segera, ringan dan tidak berkhasiat turut memberi risiko anak-anak mendapat diabetes. Paling best memberikan anak minuman berkarbonat sampai 3 tin sehari adoiyai… Tinggi kandungan gulanya kak oi… Inilah yang kita tak mahu.

 

air tin                                                                                                     Kandungan gula yang tinggi – boleh kena diabetes

Jadi, apa kata sebagai ibu bapa yang sayangkan anak-anak, berikanlah anak-anak suplemen sebagai memenuhi nutrien dalam diet harian anak-anak. Saya percaya anak-anak tak semudah itu mendapat nutrisi yang mencukupi dan oleh itu alangkah bijaknya anda sekiranya memberi anak-anak anda makanan tambahan bagi memelihara kesihatan anak-anak tersayang.

Vitamin C Chewable, Omega Guard dan Meal Shakes antara suplemen yang amat sesuai diberikan kepada anak-anak di samping menggalakkan anak-anak meminum air mineral atau air kosong saja setiap hari.

Set kanak-kanak sihat

Set kanak-kanak sihat

 

Omega Guard :-

Kurangkan asma

Kurangkan asma

ü  “Satu kajian yang dilakukan ke atas rakyat Alaska dan Greenland, mereka yang mengamalkan omega-3 dari sumber ikan telah menunjukkan mereka mempunyai  sangat rendah penyakit kardiovaskular dan diabetes. Rakyat Jepun yang juga pengamal ikan yang besar mempunyai kadar sakit jantung dan kencing manis yang jauh lebih rendah berbanding rakyat amerika”

ü  Asid lemak Omega-3 amat berguna untuk diamalkan anak-anak kerana ia membantu dari segi perkembangan otak anak-anak. Kandungan DHA dan EPA amat bagus untuk untuk perkembangan minda kanak-kanak dan anak-anak lebih bijak berfikir dengan pantas.

ü  Omega 3 ni meningkatkan sistem imuniti badan dengan meningkatkan aktiviti sel darah putih. Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan yang masuk ke dalam badan dengan memakan bacteria, virus yang datang menyerang.

ü Omega Guard – mengandungi DHA dan EPA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata, serta peredaran darah dan aktiviti sel bagi memastikan keseluruhan tubuh mendapat kekuatan bagi melawan jangkitan yang berbahaya.

ü Asid lemak Omega 3 juga berfungsi untuk menguatkan membran sel oleh sebab itu akan menguatkan ketahanan tubuh terhadap jangkitan. Omega Guard juga disyorkan untuk kanak-kanak yang hyperactive dan autisme

ü  Bagi mereka yang ada masalah eczema pula, biasanya masa jerebu eczema akan menjadi lebih teruk kerana persekitaran yg sangat kotor. Omega3 akan bertindak sebagai anti inflamasi ini akan membantu mereka yang kena eczema.

v  Omega Guard boleh diberi pada kanak seusia satu tahun

 Vitamin C Chewable

ü  Vitamin C yang terkandung dalam chewable vita-c plus ini membantu menguatkan sistem imun atau mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan

ü  Vitamin C sangat membantu anak-anak kurang mendapat jangkitan yang kerap didapati dari sekolah seperti jangkitan selesema. Maka prestasi anak anda pun baik dan cemerlang dalam proses pembelajaran mereka.

ü  Vitamin C juga penting dalam mengekalkan integrasi antara sel.

ü  Membantu menyokong kesihatan mata. gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat.

ü  Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

 

Rasa masam mengatasi rasa loya

Rasa masam mengatasi rasa loya

Meal Shakes

 ü  Nutrisi Lengkap: Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.

ü Kaya dengan Protein: Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh.Tidak mengandungi laktosa,membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah,imun dan lain-lain.

ü Tumbesaran: Mengandungi asid folik,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

ü  Anti-Oksida:Mengandungi Vitamin A,C,E,Zink,Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

ü  Mengembalikan seri wajah:Mengandungi vitamin B yang lengkap,zat besi yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat,sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

ü  Detoksifikasi:Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

ü  Lazat:Minuman yang lazat.Penggantian segera terhadap kekurangan vitamin,mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

bekalkan makanan segera tambahan yang penuh nutrisi

bekalkan makanan segera tambahan yang penuh nutrisi

Pendek kata, makanan tambahan ini membantu anda memelihara kesihatan anak-anak dengan baik dan bernutrisi. Pemberian makanan tambahan yang bernutrisi kepada anak-anak barulah boleh dikatakan sayang kepada anak-anak. Sayang sangat kan?! Ngeee…ngeee…

Sekiranya berminat, hubungi Sikin 012-8585 813 (sms/Whatsapp). Atau emel ckyndyg206@gmail.com. Atau PM di www.facebook.com/Myhabibysuperb

 

 

 

 

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :