myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (7)

Posted by ckyndyg On December - 27 - 2013 0 Comment

Hai!

Kebanyakan wanita yang hamil akan mengalami ‘morning sickness‘. Cuma bezanya ialah teruk ataupun tidak jer yang membezakan kita kena morning sickness ni. Adalah dianggarkan 70% wanita hamil akan mengalami morning sickness seperti muntah, loya pada waktu-waktu tertentu sepanjang tempoh kehamilan. Biasanya kita kena morning sickness pada minggu keempat hingga kelapan dan ada sesetengah wanita akan mengalami morning sickness hingga minggu ke-16 –  kandungan berusia 4 bulan.

Kepala pening, badan rasa lemah~ morning sickness

Kepala pening, badan rasa lemah~ morning sickness

Ada wanita yang mengalami pengurangan berat badan lebih daripada 3kg dan mempunyai masalah ketidakseimbangan elektrolit dalam tubuh. Malah ramai wanita mengadu tentang simptom-simptom yang dialami seperti loya,muntah, dan sakit kepala . Jadi, saya nak share tip yang dapat mengurangkan Morning Sickness. Antaranya ialah:

  1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana ia akan menyebabkan anda mual.
  2. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa loya atau mual seperti roti ataupun kentang,
  3. Makan buah epal kerana ia boleh menghilangkan  rasa mual. Anda juga boleh minum jus epal  yang ditambah sedikit dengan madu.
  4. Hindari makanan berlemak, berminyak dan pedas kerana ia akan memburukkan lagi simptom gejala morning sickness.
  5. Amalkan minuman halia kerana ia diakui secara tradisi boleh mengatasi rasa mual.
  6. Minum air yang banyak walaupun sering muntah. Minum air masak atau jus buah-buahan segar. Ini bagi memastikan tubuh mendapat air yang mencukupi. Hindari minuman berkarbonat atau berkafeina seperti kopi atau teh.
  7. Jangan terus bangun secara tiba-tiba daripada tidur terutamanya pada waktu pagi. Ibu duduk dulu dan pastikan badan keadaan stabil sebelum bangun perlahan-lahan.
  8. Pakai baju longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual. Baju yang ketat akan menekan bahagian perut kita dan ia boleh menimbulkan masalah loya yang ibu alami.
Pakai pakaian longgar dan selesa

Pakai pakaian longgar dan selesa

Kalau saya, suka sangat minum Performance Drink dan Peppermint Ginger Plus. Performance Drink berperisa oren sangat sedap diminum selepas kita muntah atau loya. Kenapa Performance Drink? Kalau kita selalu muntah, badan kita biasanya akan dehidrat dan dengan meminum Performance Drink, ia mengekalkan kandungan air dalam badan dan elektrolit badan.

Performance Drink merupakan minuman:-

  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang  kandungan gula (less sugar).
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!

Performance Drink ni membekalkan tenaga, mengandungi sedikit natrium bagi mempercepatkan penyerapan cecair oleh tubuh dan kita pun rasa kurang haus.

membantu mengurangkan badan dehidrat

membantu mengurangkan badan dehidrat

Selain itu, baru-baru ini seorang customer memberitahu bahawa dia sudah dapat makan dan tiada lagi rasa loya, muntah dan pening kepala selepas mengamalkan Peppermint Ginger Plus. Berasa halia dan ia benar-benar melegakan tekak ibu yang mengalami morning sickness.

Minum air halia

Minum air halia

Angin dalam badan buat kita semua tidak selesa terutamanya kepada IBU HAMIL. Rasa loya dan muntah @ morning sickness pada awal kehamilan sangat menyeksakan.Jadi jangan risau kerana Peppermint Ginger Plus akan membantu meredakan rasa sakit morning sickness itew. Ianya dihasilkan daripada kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains terkini. 4 herba tersebut adalah Daun Pudina, Halia, Jintan Manis dan Cekur Manis.

Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan di dalam diet dapat membantu mengurangkan masalah senak perut. Peppermint Ginger Plus membantu melegakan masalah angin dalam badan. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Di samping itu, ibu juga boleh mengambil set mengandung ~ B Complex, Vitalea, Vitamin C, Energizing Soy Protein dan Ostematrix selain tambah Peppermint Ginger Plus danPerformance Drink bagi mengatasi morning sickness. Harap ibu-ibu sekalian tak mengalami morning sickness yang teruk.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan suplemen ini, boleh hubungi Sikin 012-8585 813 (sms/Whatsapp). Emel: ckyndyg206@gmail.com atau PM www.facebook.com/Myhabibysuperb

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :