myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (6)

Posted by ckyndyg On January - 18 - 2014 1 Comment

Hola!

Baru berkahwin dan ingin mengetahui tanda-tanda anda atau isteri anda hamil? Maklumlah kan baru cuti akhir tahun dan sekiranya termasuk dalam golongan subur, kemungkinan ada pasangan yang mengalami tanda-tanda hamil dan ragu-ragu dengan simptom-simptom ibu mengandung. Berikut antara simptom-simptom ibu yang hamil yang biasa dialami oleh setiap bakal ibu.

adakah anda hamil?

adakah anda hamil?

1. Haid yang lewat

Adakah anda mengalami haid yang lewat? Walaupun ini merupakan simptom utama kehamilan, tetapi terdapat juga beberapa penyebab lain yang boleh kitaran haid kita lari. Antaranya ialah penambahan atau pengurangan berat badan yang tinggi, keletihan, masalah hormon, tekanan, kawalan kelahiran dan penyusuan susu ibu. Jika anda rasa bahawa anda hamil, lakukanlah ujian kehamilan.

2. Mual dan muntah

Rasa mual? Ada yang mengalami simptom ini disebabkan mabuk hamil tetapi ia boleh disebabkan keracunan makanan, tekanan dan penyakit perut yang lain. Mual ketika kehamilan selalunya bermula pada dua hingga lapan minggu selepas ‘bersama’ suami isteri. Berjumpalah dengan doktor anda walaupun anda tidak hamil.

3. Payudara yang lembut dan sensitif

Payudara terasa sensitif selalunya tanda awal kehamilan yang selalunya bermula pada satu hingga enam minggu selepas ‘bersama’. Akan tetapi, payudara sensitif juga boleh disebabkan hormon, pil kawalan kelahiran dan tanda bahawa haid akan bermula.

4. Letih atau mengantuk

Sentiasa mengantuk? Keletihan merupakan tanda kehamilan tetapi ia juga disebabkan tekanan, penyakit, kemurungan dan gangguan mental yang lain. Mengantuk seminggu dan enam minggu selepas ‘bersama’ juga disebabkan peningkatan hormon progesteron.

5. Sakit belakang

Sakit belakang boleh disebabkan kehamilan tetapi ia juga bukanlah sehingga trimester kedua atau ketiga. Ia juga boleh disebabkan gangguan fizikal atau mental yang lain.

6. Sakit kepala

Bagi beberapa wanita, sakit kepala adalah simptom kehamilan – selalunya disebabkan kandungan estrogen yang tinggi. Simptom sakit kepala yang lain adalah penyahhidratan, pengunduran kopi dan tekanan kepada mata.

pening kepala

pening kepala

7. Mengidam

Mengidam cip ketang? Tidak boleh berhenti bermimpi tentang susu? Teringin untuk memakan sama. Jika ya, si manja mungkin dalam “perjalanan” tetapi mengidam juga boleh disebabkan diet, tekanan, kemurungan dan haid.

8. Areola semakin gelap

Adakah areola anda menjadi semakin gelap? Ini merupakan tanda kehamilan yang bermula dari satu hingga 14 minggu selepas ‘bersama’ dan akan berkekalan sepanjang kehamilan. Akan tetapi, ketidakseimbangan hormon juga boleh menyebabkan simptom ini. Jadi, bincanglah dengan doktor anda.

9. Sentiasa membuang air kencing

Ingin ke tandas lagi? Sentiasa membuang air kecil adalah tanda kehamilan dan selalunya bermula pada enam sehingga lapan minggu selepas ‘bersama’. Penyebab lain adalah diabetes, jangkitan saluran kencing dan pengambilan diuretik yang berlebihan yang menyebabkan sentiasa membuang air kecil.

10. Pergerakan fetus

Bolehkah anda merasakan pergerakan di dalam perut anda? Selalunya, pergerakan fetus sentiasa bermakna bahawa anda hamil tetapi ia bermula pada 16 hingga 22 minggu selepas ‘bersama’. “pergerakan” tersebut juga boleh disebabkan angin atau kontraksi gastrousus.

pertumbuhan yang sihat

pertumbuhan yang sihat

11. Degupan jantung

Jika anda terdengar degupan jantung bayi anda dalam 10 hingga 12 minggu selepas ‘bersama’, tahniah! Anda  kini sedang hamil! Ini adalah satu satunya simptom kehamilan yang kukuh.

Saya ingin mengucapkan TAHNIAH & SYABAS sekiranya anda atau isteri mengalami tanda-tanda di atas. Sekiranya mengandung, anda boleh menghubungi Sikin – 012-8585 813 untuk dapatkan set kehamilan yang memenuhi nutrisi keperluan seorang ibu mengandung. Saya berasa puas hati dengan suplemen yang saya ambil sepanjang kehamilan.Kaki cramp pun kurang. Darah baik dan kesihatan amat memuaskan.Walau apa-apa pun jumpa doktor buat pemeriksaan dulu.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :

One Response so far.

  1. I’m not that much of a online reader to be honest but your blogs really nice, keep it up! I’ll go ahead and bookmark your site to come back later on. Many thanks