myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (31)

Posted by ckyndyg On April - 1 - 2014 6 Comments

Hola!

Tahukah anda bahawa saban hari tanpa kita sedari ada sahaja sel kita yang mati dan kematian sel itu haruslah diganti dengan yang baru.Ini kerana fungsi utama protein adalah untuk membentuk jaringan baru dan mempertahankan jaringan yang telah ada. Mengikut kajian, protein merupakan komponen yang terbesar setelah air. Makanan yang mempunyai protein yang boleh kita perolehi secara terus adalah melalui susu, telur, daging dan sebagainya. Protein ini lengkap tetapi kandungannya sangat terhad sekali.

Kepentingan protein

Kepentingan protein

Fungsi protein sangat penting untuk tubuh kita. Sekurang-kurangnya ada 7 fungsi utama dari protein untuk manusia yang menyokong kehidupan. Perlu diketahui juga Protein adalah molekul yang sangat penting dalam sel yang berada pada tubuh kita. Protein diperlukan hampir di semua sel tubuh kita. Setiap protein dalam tubuh mempunyai fungsi tertentu. Protein mempunyai peranan yang berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang berperanan untuk pergerakan tubuh dan untuk antibodi terhadap kuman. Protein berbeza dalam struktur serta fungsi.  Mereka dibina dari satu set 20 asid amino dan mempunyai bentuk tiga dimensi yang berbeza. Berikut adalah senarai dari beberapa jenis protein dan fungsinya.

Untuk Hormon
Protein yang membantu aktiviti dan kegiatan dan menyelaras tubuh tertentu. Contoh dari protein ini adalah termasuk insulin, oksitosin, dan somatotropin. Insulin mengatur metabolisme glukosa dengan mengawal gula dalam darah tubuh manusia. Oksitosin pula diperlukan untuk merangsang kontraksi pada wanita saat akan melahirkan. Somatotropin adalah hormon pertumbuhan yang merangsang pengeluaran protein dalam sel otot kita.

Untuk Antibodi
Fungsi protein sebagai antibodi adalah untuk menangkis serangan dari virus/bakteria. Protein dapat melakukan perjalanan melalui aliran darah dan digunakan oleh sistem kekebalan tubuh untuk mengenalpasti dan melawan bakteria, virus, dan pelbagai parasit lain bagi tubuh. Salah satu caranya adalah antibodi melawan antigen dengan melumpuhkan mereka sehingga mereka dapat dihancurkan dengan mudah oleh sel darah putih yang ada dalam darah kita. Manfaat antioksidan dari protein ini boleh dijadikan untuk menjaga kesihatan dan metabolisme tubuh dari penyakit.

Protein untuk Pergerakan
Protein jenis ini berfungsi untuk pergerakan pada tubuh manusia, contoh dari protein ini adalah aktin dan myosin, protein ini mempunyai fungsi dan peranan dalam kontraksi otot dan pergerakan badan. Protein juga sering disebutkan sebagai salah satu dalam program diet sihat tanpa ubat yang selamat dan semula jadi. Oleh itu, ESP dikatakan salah satu suplemen yang dapat membina otot semasa hendak slim.

Soya protein

Bina otot tubuh

Protein sebagai Enzim
Protein berfungsi untuk reaksi biokimia dalam tubuh, oleh itu sering disebut sebagai pemangkin kerana mereka mempercepat reaksi kimia dalam tubuh kita. Contoh protein jenis ini adalah enzim laktase dan pepsin. Laktase memecah laktosa gula yang dijumpai dalam susu. Walaupun manfaat minum susu banyak sekali, namun kadar gulanya juga harus diatur dengan baik. Pepsin merupakan enzim pencernaan yang bekerja di perut untuk memecah protein dalam makanan agar mudah diserap oleh tubuh kita .

Protein Sebagai Alat Penyimpan
Jenis protein ini adalah untuk menyimpan asid amino, contohnya adalah ovalbumin dan kasein. Ovalbumin dijumpai dalam putih telur dan kasein adalah protein berasaskan susu. ESP menyimpan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita.

Protein Sebagai Alat Pengangkutan
Protein ternyata juga berfungsi sebagai alat pengangkutan, di mana ia membawa molekul dalam satu bahagian ke bahagian lain. Contohnya termasuk hemoglobin dan sitokrom. Hemoglobin mengangkut oksigen melalui darah dan Chrochrome beroperasi sebagai protein pembawa elektron.

ProteinSebagai Alat Sokongan
Fungsi protein ini adalah untuk memberikan sokongan pada bahagian badan lain. Jenis protein ini adalah keratin, kolagen, dan elastin . Keratin mengukuhkan penutup pelindung seperti rambut, bulu – bulu , tanduk , dan separuh . Kolagen dan elastin memberikan sokongan untuk rangkaian lain seperti tendon dan ligamen.

Energizing Soya Protein yang mengandungi sumber protein utama dari kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetiknya, Non-GMO dan diproses secara semulajadi. Amat mudah dibuat dan diminum pada bila-bila masa.

ESP
RM150.00

Kesimpulannya, fungsi protein bagi manusia adalah salah satunya sebagai sumber tenaga. Bagaimana kita mendapatkan tenaga ? Selain kalori dan lemak , protein juga menghasilkan tenaga yang bermanfaat untuk tubuh dan untuk pembentukan otot dan sel – sel di dalam tubuh. Protein ini nanti akan menjadi makanan untuk otot agar tetap tumbuh berkembang. Apabila otot yang terbentuk tetap terpelihara dengan baik , maka ia akan membantu tubuh memaksimumkan pembakaran lemak sehingga berat badan tetap seimbang.

Berminat untuk dapatkan ESP?

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Sikin

Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859 747 ]

Contact Number/ SMS/ Whatsapp : 012-8585 813

FB Page: ttps://www.facebook.comMyhabibysuperb

kredit: Chy Rohmanah

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :

6 Responses so far.

  1. good info tentang protein..tq..☺️

  2. Terima kasih untuk info berguna