Hola!
Setiap wanita yang hamil akan melalui pengalaman kehamilan yang berbeza. Kita dapat tahu apabila wanita yang mengandung dan telah melahirkan anak akan bercerita pengalaman masing-masing. Ada yang bengkak kaki, sembelit, kejang kaki, berat badan yang berlebihan, kena diabetes dan macam-macam lagi. Kehamilan bukan sahaja mengubah bentuk fizikal seorang wanita tetapi juga mengubah selera mereka. Ada juga wanita yang hamil berfikiran bahawa 3 bulan pertama saat yang sangat sukar terutamanya bagi mereka yang baru mengandung kali pertama. Bimbang dengan apa yang boleh dimakan, apa yang tidak boleh dimakan. Bagaimana wanita hamil dapat kekal aktif dan cergas tanpa menimbulkan masalah kesihatan kedua-dua pihak – ibu dan anak dalam kandungan.
Apa ubat-ubatan yang perlu diambil serta dijauhi? Apakah suplemen atau vitamin yang perlu diambil dan tak boleh diambil semasa mengandung? Bagi wanita hamil trimester pertama atau awal, antara suplemen yang perlu dan wajib diambil ialah B Complex (Folic Acid), Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix (Kalsium).
B Complex ( Folic Acid) adalah nutrisi WAJIB diambil oleh ibu hamil. B Complex ini mengandungi 8 jenis Vitamin B termasuk Folic Acid. Tubuh kita tidak mampu menyimpan folic acid dalam jumlah yang banyak, jadi doktor biasanya akan mengesyorkan ibu hamil mengambil suplemen harian yang mengandungi 400 mg folic acid pada 12 minggu pertama. Ini dapat mengurangkan risiko bayi mendapat kecacatan tiub neural seperti spina bifida. B Complex juga membantu mengurangkan rasa mual, loya dan muntah yang kadang-kadang boleh menyebabkan ibu hamil tidak boleh makan apa-apa. B Complex merupakan suplemen yang diperlukan untuk mengurangkan rasa mual dan loya di awal kehamilan. Ini termasuklah ibu yang kerap mengalami tekanan – ambil B Complex.
Vitalea ( Multivitamin – Zat besi) antara suplemen yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kedua-dua pihak ( ibu dan bayi dalam kandungan). Ibu hamil yang kurang zat besi akan mudah mendapat anemia. Ibu hamil akan mudah mendapat anemia kekurangan zat besi semasa hamil apabila zat besi dalam badan berkurangan secara mendadak. Zat besi diperlukan untuk menambah darah bagi menyokong tumbesaran bayi.
Vitamin C membantu tubuh kita menyerap zat besi. Vitamin antioksidan yang sangat istimewa dan membina sistem imun ibu hamil bagi mengelakkan ibu hamil kena demam selsema semasa hamil. Vitamin C turut menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Dalam pada masa yang sama ia akan menghasilkan kulit ibu hamil dengan cantik, halus, dan licin.
Lenguh belakang, kejang kaki, sembelit antara masalah yang biasa timbul semasa ibu hamil. Oleh itu, adalah menjadi keperluan ibu hamil mengambil OsteMatrix ( Kalsium) setiap hari sepanjang mereka mengandung. Kekejangan kaki berlaku disebabkan oleh berat badan ibu hamil yang berlebihan dan tekanan di atas kaki. Ia juga dipercayai dengan lebihan fosforus dan kekurangan kalsium. Kalsium juga perlu untuk membina tulang dan gigi serta saraf kedua-dua pihak. OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Maka tak hairan ibu hamil tidak mengalami masalah sembelit ekoran ada magnesium yang dapat melembutkan najis ibu hamil.
Suplemen-suplemen di atas adalah suplemen yang mesti diambil oleh ibu yang mengandung atau hamil sejak mengetahui diri sendiri telah mengandung.
Berminat nak dapatkan Set Hamil trimester Pertama ini? Hubungi:-
Wakil Pengedar Shaklee Anda
Sikin
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859 747 ]
Contact Number Call/ SMS/ Whatsapp : 012-8585 813
FB Page: https://www.facebook.com/Myhabibysuperb
terimakasih atas informasinya, saya sangat berminat membeli produk Shaklee, di Indonesia adakah yang menjual produk ini?
Sama-sama. nak order daripada saya pun boleh. Saya tak pasti adakah tidak di Indonesia. Maaf yer.