myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (32)

Posted by ckyndyg On June - 23 - 2014 0 Comment

Hola!

Baik lelaki atau wanita mengalami masalah yang akan saya share kan ini – rambut berkelumumur dan gugur. Saya sering mendapat pertanyaan tentang masalah ini. Kalau lelaki, ia taklah menjadi isu yang terlalu besar kerana perkara biasa – boleh berimej berkepala botak, tetapi wanita agak bimbang sekiranya terlalu banyak rambut gugur dan berkelemumur lagi tu. Ini turut merangkumi wanita yang bertudung dan penjagaan mereka perlu lebih rapi daripada mereka yang tidak bertudung.

Kelemumur -sarang bakteria

Kelemumur -sarang bakteria

Kelemumur adalah fenomena biasa buat kebanyakan orang terutamanya mereka yang kuat berpeluh. Kelemumur bukanlah masalah besar kepada sesetengah individu tetapi ia agak membimbangkan kerana rambut jelas atau sangat ketara apabila berkelemumur. Rambut berkelumumur terjadi atas beberapa faktor:-

Perubahan Hormon

Perkara ini sering berlaku pada wanita. Perubahan hormon yang berlaku terhadap wanita ialah semasa datang haid, sedang hamil atau selepas tempoh melahirkan anak boleh menyebabkan kulit kepala berkelumumur. Walaupun keadaan hormon tidak dapat diubah, sekurang-kurangnya para wanita menyedari masalah ini akan berlaku dan lebih bersedia untuk berhadapan masalah rambut berkelemumur dan rambut gugur.

Keguguran rambut membimbangkan

Keguguran rambut membimbangkan

Peluh

Seseorang yang kerap berpeluh pun mudah mendapat kelemumur kerana kulit kepala mereka tidak bersih. Apabila kulit kepala berpeluh, ia menyebabkan pertumbuhan sejenis kulat iaitu Pitirosporum Ovale. Ia menjadi semakin aktif untuk tumbuh kerana penghasilan sebum (minyak semulajadi) yang berlebihan pada kulit kepala.

Pertukaran Pantas Kulit Kepala

Tahukah anda bahawa kulit kepala kita bertukar baharu setiap beberapa hari? Jangka masa normal untuk kulit kepala bertukar kepada baharu mengambil masa dalam 28 hari. Oleh itu, masalah kelemumur boleh menjadi serius apabila ia berlaku terlalu cepat. Ada juga sesetengah orang mengalami pertukaran kulit kepala baharu dalam masa 11 hari sahaja. Ini pun antara sebab kulit kepala seseorang itu berkelemumur.

Jarang bersyampu

Kulit kepala yang kotor juga menyebabkan masalah kelemumur. Tidak semestinya anda bersyampu setiap hari tetapi sekurang-kurangnya anda mencuci rambut 3 kali seminggu. Penggunaan perapi juga dicadangkan untuk melembutkan rambut. Pastikan anda menggunakan syampu yang bebas bahan kimia seperti Pro Sante Shaklee sekiranya anda mempunyai masalah rambut berkelumumur dan rambut gugur.

Purifying Syampoo

  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
Untuk Kulit kepala berkelemumur

Untuk Kulit kepala berkelemumur

Replenishing Conditioner

  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
Replenishing Conditioner

Replenishing Conditioner

Bagi anda yang mengalami rambut gugur pula, saya ingin share sikit beberapa info yang boleh mengingatkan anda selepas ini. Sekiranya anda memiliki rambut tebal, gunakan sikat bergigi jarang. Sekiranya anda memiliki rambut tipis pula, anda pun boleh menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat bergigi jarang lebih baik kerana ia tidak menarik rambut dan menyebabkan kulit kepala anda luka.

Nourishing Scalp Treatment

Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.

Mengurangkan keguguran rambut

Mengurangkan keguguran rambut

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak

Perbezaan Shaklee 

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Rambut gugur menjadi bermasalah apabila rambut gugur melebihi 100 helai setiap hari. Kalau rambut gugur dalam 7-10 helai sehari dalam 1 masa ia tidak menjadi masalah. Rambut gugur ini berlaku akibat beberapa faktor seperti mengambil ubat-ubatan terlalu banyak, salah guna sikat dan perubahan hormon.

Oleh itu, jagalah mahkota kepala anda dengan rapi dan usah pandang ringan masalah rambut anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan set rambut ProSanté, anda boleh hubungi saya.

 

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Sikin@ Ckyndyg Nogha (FB)

Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859 747 ]

Contact Number/ SMS/ Whatsapp : 012-8585 813

FB Page: https://www.facebook.com/Myhabibysuperb

 

Sumber: Info Rambut Rapi

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :