myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (13)

Posted by ckyndyg On August - 13 - 2014 2 Comments

Hola!

Kali ini saya nak share tentang penjagaan kulit muka ataupun cara yang betul untuk kita mencuci muka. Tanpa kita sedari kadang-kadang kita membuat kesilapan dalam mencuci muka sehinggakan sisa kotoran masih lagi terasa di kulit muka kita. Saya ambil petikan ini dari Berita Harian untuk kita jadikan pengajaran sekiranya sebelum ini kita sendiri pernah melakukan kesilapan mencuci muka.

terlalu kerap -kulit akan kering

terlalu kerap -kulit akan kering

Memang nampak mudah kerana dah jadi rutin kita mencuci wajah untuk menjaga kesihatan kulit atau kecantikan kulit tetapi silap cara wajah kita boleh menjadi kusam, masih kotor dan menambah bakteria pada kulit muka. Ish..kalau boleh kita buat dengan cara yang betul.

  1. Pilih produk yang betul.

Pembersiih yang betul akan menghapuskan kotoran dan tidak terlalu mengeringkan wajah, malah tidak menghilangkan minyak semulajadi kulit. Wajah yang hilang minyak semulajadi kulit akibat cucian yang tidak betul dan produk yang salah akan menyebabkan kullit kusam dan tidak bersinar.

 

Set lengkap nutriwhite

Set lengkap nutriwhite

  1. Tidak membilas sebersihnya:-

Selepas mencuci, membilas juga perlu dengan cara yang betul. Ini bagi mengelakkan sisa kotoran terus berada pada wajah anda. Bilas dengan teliti. Pastikan bahagian utama seperti dahi, garis rambut dan hidung bersih dengan betul dan sempurna.

  1. Kerap Membasuh:-

Muka kita tak perlu dibasuh selalu kerana ia boleh merengsakan kulit. Elakkan cuci wajah berkali-kali dalam sehari sekiranya nak kelihatan kulit muka bersih dan cantik. Sekiranya anda tidak memakai solekan, krim pelindung matahari atau banyak berpeluh, cukup sekadar mencuci muka sekali sehari. Lakukan pada waktu siang dan bilas wajah dengan air suam pada waktu malam.

  1. Suhu Air Salah:-

Biasanya kita dengar cuci muka dengan air panas akan menyebabkan liang roma terbuka manakala air sejuk akan menutup liang. Sebenarnya, liang tidak mempunyai otot yang dapat membuka dan menutupnya. Air panas boleh meresap dengan baik pada kulit kita manakala air suam merupakan air yang paling bagus digunakan untuk membersih muka kita.

  1. Gemar Kulit Mengelupas:

Berapa kali anda membuat ‘scrub’ pada kulit wajah anda? Setiap minggu atau selang beberapa hari? Scrub atau pengelupasan adalah amalan sihat untuk membuang sel mati tetapi perlu dengan cara yang sederhana. Kalau boleh gunakan kaedah semulajadi seperti penyental gula atau buah lembut seperti timun.

Gunakan jari ketika proses mencuci, bukan guna tuala muka sehingga menyebabkan kulit muka luka. Pengelupasan atau ‘scrub’ sepatutnya hanya dilakukan dua kali seminggu dan bukannya setiap hari.

  1. Gosok Muka:-

Jangan sesekali menggosok wajah kerana ia sebenarnya menarik keluar kulit dan menjadikan kulit lebih kasar. Berkongsi tuala badan pada wajah juga boleh menyebabkan bakteria merebak pada wajah. Gunakan tuala lembut supaya wajah bersih dan segar.

  1. Pelembap Kulit:-

Selepas mencuci wajah, teruskan menyapu pelembap pada kulit untuk dapatkan hasil yang maksimum. Begitu juga penggunaan serum. Tidak payah menunggu kulit kering selepas mencuci baru nak sapu pelembap. Ia akan membuatkan kulit muka lebih berminyak atau melekit.

Sapu pelembap selepas mencuci

Sapu pelembap selepas mencuci

  1. Elak Gunakan Bahan Bertoksik:-

Sentiasa baca label produk dan elakkan bahan yang boleh merengsakan kulit wajah. Elakkan produk yang berbau wangi atau bahan pengawet sintetik pada wajah.

Cucuk yang boleh mengubah kejadian asal

Kesan sampingan guna bahan toksik

9.  Usah Membazir:-

Kalau boleh dapatkan produk yang semulajadi seperti Nutriwhite ataupun Enfuselle Shaklee untuk mencuci muka. Ini kerana ianya berbaloi untuk digunakan untuk jangka yang panjang. Tak semestinya produk yang mahal saja yang serasi dengan kulit kita. Jadi, pastikan produk yang digunakan selamat dan berkualiti seperti produk Shaklee boleh dicuba. Hasil yang memuaskan tidak terletak pada jenama terkenal.

10. Produk berasaskan Minyak:-

Pakar kulit menyatakan produk berasaskan minyak adalah yang terbaik untuk merawat wajah kerana ia mudah menyerap. Minyak mudah larut untuk memusnahkan bakteria dan mengimbangi kulit. Paling bagus ialah cari produk pembersihan semulajadi ( Nutriwhite + Enfuselle) , minyak berasaskan tumbuhan seperti minyak badam, apricot, zaitun, bunga matahari mahupun benih anggur.

Enfuselle Kulit Kering

Skin care hasil ujian klinikal

Nak tahu produk pencuci wajah Shaklee? Hubungi…

Wakil Pengedar Shaklee Anda

Sikin@ Ckyndyg Nogha (FB)

Shaklee Independent Distributor [ ID No : 859 747 ]

Konsultansi Percuma selepas setiap pembelian

HP No: Call/ SMS/ Whatsapp/ We Chat : 012-8585 813

FB Page: https://www.facebook.com/Myhabibysuperb

 FB :https://www.facebook.com/ckyndyg.nogha

 

 

Sumber: BH 110814

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :

2 Responses so far.

  1. shah says:

    liang roma boleh dikecil kan.. amik contoh fizik pengembangan besi apabila waktu panas.. besi bkn otot