myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (1)

Posted by ckyndyg On June - 12 - 2015 0 Comment

Hola!

Ini kali pertama saya mengalami masalah baby underweight. Dah umur 2 bulan lebih (lahir 21/3/15) tapi berat baby kurang naik dan baby saya nampak kurus jer. Ini disebabkan  dia memiliki dagu yang kecil dan ia menyukarkan baby nak lekap atau sucking dengan kuat semasa menyusu. Alhamdulillah baby tak mengalami masalah kesihatan lain.

image

Sekarang baby fully breastfeeding dan saya tak akan putus asa atau mengalah dengan keadaan baby walaupun ada yang mencadangkan saya campur dengan susu formula. Saya tetap dengan pendirian nak menyusukan baby secara eksklusif 6 bulan dan nak meneruskan penyusuan selama 2 tahun. Doakan untuk saya dan baby Nu’man Haaridh yer.

Dalam pada yang sama, doktor menasihatkan saya memasukkan HUMAN MILK FORTIFIER dalam susu botol yang saya beri kepada baby selepas dipam. Agak sukar nak mendapatkannya di Kuching ni. Alhamdulillah akhirnya kami jumpa di Timberland Hospital. Harganya RM106 dan ada 50 sachets kecil jer.

Cadangan untuk menambah berat badan baby

Cadangan untuk menambah berat badan baby

Human Milk Fortifier jenama Similac ini serbuk protein yang digunakan untuk menambah berat badan baby. Dengan 50ml air susu ibu yang dipam, masukkan 1 sachet HMF. Kami (suami isteri) mendoakan berat baby tambah dalam setiap minggu dengan izin Allah. Berat baby dimonitor oleh doktor setiap minggu. Hati kami suami isteri hanya Allah jer tahu bila nak timbang berat badan baby. Harapkan miracle berat badan baby tambah dalam 100 gm- 200 gm.

Untuk memenuhi keperluan menyusu, saya mengambil set penyusuan Shaklee yang lengkap. Antaranya ialah Alfalfa, Energizing Soy Protein, Ostematrix, B Complex, Vitalea dan Vitamin C serta Omega Guard. Saya mengambil set ini setiap hari yang tahan untuk tempoh 3-6 bulan kecuali Ostematrix yang tahan sebulan.

Walau demikian, para ibu sekalian, jangan harap dengan milk booster sahaja. Para ibu kena pam secara konsisten dan bila yang dipam agak kurang memberangsangkan, janganlah bersedih dan mulakan hari anda dengan membuat power pumping sekali setiap hari sekurang-kurangnya.

Berkat membuat power pumping dan milk booster yang sesuai dengan badan, air susu saya yang dipam mulai meningkat. Dari 40 ml ke 60 ml sekali pam. Mula dulu dapat 2 oz dan sekarang dah dapat 4-5 oz sekali pam ( ada Ibu yang kaya dengan air susu ni sehingga pam dapat 10-20 oz sekali pam).

Hati ibu mana yang tak seronok kalau air susu yang dipam setiap hari semakin banyak dan banyak. Berita baik dalam seminggu pula ialah berat baby semakin bertambah iaitu 200gm. Alhamdulillah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Oklaa… Setakat ni dulu nak mencarut. Lain kali saya sambung kisah anak saya lagi thru Evernote.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :