Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (31)

Archive for July, 2015

Posted by ckyndyg On July - 28 - 2015 0 Comment

Hola! Memberi susu ibu adalah langkah pertama yang sangat penting untuk memastikan kesihatan bayi anda. Susu ibu bukan sahaja mengandungi segala nutrien, tetapi juga menepati jumlah yang diperlukan oleh si manja. Nutrien daripada susu ibu mudah dihadamkan dan diserap oleh badan bayi. Susu ibu juga mengandungi sebatian imunologi yang penting untuk membantu melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan, termasuk cirit-birit. Semua bayi hendaklah diberi susu ibu sepenuhnya selama enam bulan pertama hayat mereka bagi menjamin pertumbuhan,  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 22 - 2015 0 Comment

Ahha! Biasanya kita akan lihat anak yang minum susu formula akan menjadi-jadi badannya. Amat jarang orang melihat anak yang menyusu ibu badan anak pun menjadi-jadi or kus semangat. Bahkan orang yang membuat kesimpulan bila lihat baby badan berisi atau gempal mesti susu botol bahkan ada anak yang menyusu badan pun badan menjadi-jadi dan lebih sihat daripada anak yang menyusu formula. Tapi tahukah anda jumlah gula yang tersembunyi di dalam susu formula tersebut? Saya teringat seorang doktor  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 20 - 2015 Comments Off on Ketidakseimbangan Hormon Haid Berubah

Ahha! “Kak, kitaran haid saya tidak teratur beberapa bulan ini. Kadang-kadang sampai 3 bulan tidak datang haid”. “Apa puncanya?” Sebenarnya kitaran haid tidak teratur akibat beberapa faktor termasuklah semasa berpuasa. Ini berlaku akibat perubahan pemakanan yang turut mempengaruhi keseimbangan hormon dalam tubuh dan ia memberi kesan pada kitaran haid seseorang. Bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya datang haid lewat sedikit atau kuantiti haid yang berkurangan daripada biasa. Ada wanita didatangi haid 2 kali sebulan atau  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 18 - 2015 0 Comment

Ahha! Berpuasa adalah tempoh untuk umat muslim mengawal nafsu makan dan mengelak daripada mengambil sajian secara berlebihan. Semasa berpuasa, ia merupakan satu kaedah yang membolehkan tubuh melakukan proses pembersihan, supaya organ dapat berfungsi dengan lebih berkesan selepas itu. Sepanjang kita berpuasa, semua bahan berbahaya atau mengandungi toksin yang ada  di dalam badan kita akan disingkirkan secara semulajadi. Oleh itu, inilah peluang yang perlu kita manfaatkan sepenuhnya supaya tubuh kita lebih sihat dengan mengamalkan gaya hidup  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 16 - 2015 Comments Off on Jaga Kesihatan Mata Anda

Hola! Teringat saya dengan satu doa yang berkaitan dengan kesihatan badan kita. Terjemahan doa tersebut ialah ” Ya ALLAH, sihatkan badanku, sihatkan pendengaranku dan sihatkan penglihatanku”. Setiap hari kita akan membaca doa tersebut dengan harapan tubuh badan kita sentiasa sihat walafiat. Mata. Mata adalah deria penglihatan yang amat besar nikmatnya dan perlu dijaga sebaik mungkin kerana jika seseorang itu hilang penglihatan, ia akan mengubah keseluruhan hidup manusia. Apatah lagi sebelum itu seseorang itu dapat melihat  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 14 - 2015 0 Comment

Hola! Rata-rata yang menghubungi saya bimbang dengan keadaan kulit yang berjerawat. Ini kerana saya akui bila kulit muka kita berjerawat, memang kita rasa tergugat sikit dengan penampilan. Kita rasa kurang keyakinan diri dan bimbang dengan keadaan kulit yang semakin teruk dari sehari ke sehari. Ada yang menghubungi saya ingin mencuba set kulit dan dalam pada yang sama nak mengambil produk pencuci muka yang sesuai. Jadi, saya sarankan set kecantikan Shaklee yang perlu ‘baiki’ sel dari  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 13 - 2015 0 Comment

Hola! Hampir setiap orang mahu memiliki tubuh yang sihat dan bertenaga. Apatah lagi sekiranya badan slim langsing macam biola. Ingat tak… orang lama dalam cerita P Ramlee… kesemua badan pelakon perempuannya langsing dan slim. Bentuk badan macam biola kerana mereka rajin guna korset. Bila badan dah lama guna korset, badan akan mengikut dan nampaklah bentuk badan yang ideal dan idaman hati. Yeehaaa! Hehehehhe….Nak dapat tubuh menawan dengan berat badan ideal bagi memastikan penampilan tampal lebih  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 11 - 2015 0 Comment

Ahha! Sakit nak buang air besar dan susah nak buang air besar antara masalah yang boleh dikatakan hampir semua orang alaminya. Dengan kata lain sembelit. Kekurangan serat dan air dalam badan antara punca seseorang itu sembelit. Statistik rakyat Malaysia yang mengalami sembelit adalah sekitar 12-19%. Sembelit dianggap perkara biasa dan selalunya tidak dirawat kerana terdapat banyak ubat yang boleh digunakan untuk melegakan masalah ini.Dari Shaklee, antara vitamin yang boleh melegakan masalah sembelit ialah Herb Lax. Herb  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 10 - 2015 Comments Off on Legakan Saraf Dengan B Complex

Hola! Kesakitan saraf sering dipandang ringan dan dianggap biasa. Kebanyakan kita tidak menyedari di sebalik tanda serta kesakitan yang dialami tersembunyi masalah kesihatan yang serius. Semua individu berdepan risiko kerosakan saraf disebabkan gaya hidup dan aktiviti seharian yang dapat meningkatkan faktor serangan. Penyakit saraf ni sukar dikesan pada peringkat awal dan ada juga mereka yang sakit yang tidak dapat diterangkan apakah jenis penyakitnya. Jadi, kenali apakah suplemen yang sesuai diambil oleh mereka yang mengalami sakit  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 8 - 2015 0 Comment

Ahha! Cerita tentang kecantikan kulit dan penjagaan kulit sensitif sentiasa menjadi topik hot sepanjang masa terutamanya kaum hawa. Tapi sekarang kaum adam pun mengambil berat tentang penjagaan kulit muka – tak nak jerawat, tak nak kulit kering sangatlah, tak nak parut laa dan sebagainya. Ini kerana penampilan kita ternyata mempengaruhi tahap keyakinan seseorang. Kalau mempunyai kulit yang bermasalah, ia tentu mendatangkan rasa kurang gembira untuk bertemu dengan rakan-rakan atau orang sekeliling. Jadi, ketahui punca dan  [ Read More ]