myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (17)

Posted by ckyndyg On July - 22 - 2015 0 Comment

Ahha!

Biasanya kita akan lihat anak yang minum susu formula akan menjadi-jadi badannya. Amat jarang orang melihat anak yang menyusu ibu badan anak pun menjadi-jadi or kus semangat. Bahkan orang yang membuat kesimpulan bila lihat baby badan berisi atau gempal mesti susu botol bahkan ada anak yang menyusu badan pun badan menjadi-jadi dan lebih sihat daripada anak yang menyusu formula. Tapi tahukah anda jumlah gula yang tersembunyi di dalam susu formula tersebut?

kandungan gula yang terdapat dalam susu formula (sharing)

kandungan gula yang terdapat dalam susu formula (sharing)

Saya teringat seorang doktor puan yang menggalakkan seorang ibu yang akan melahirkan anak menyusukan anak sehingga 6 bulan (eksklusif 6 bulan) kerana sebelum ini anak ibu berkenaan sering sakit dan batuk. Hampir tiap-tiap bulan 2 orang anak beliau akan ke klinik untuk neb. Namun malangnya anak yang dilahirkan berikutnya pun ibu tersebut tidak dapat menyusukan anak selama 1 bulan paling-paling. Tetap tak berusaha untuk menyusukan badan.

Tahukah anda? Realitinya baby yang menyusu badan akan sentiasa melekap dengan ibunya. Baby akan sentiasa hendak di samping ibunya sehinggakan ibu sering disalah anggap oleh ahli keluarga lain bahawa ibu pemalas dan ambil kesempatan nak rehat sambil menyusukan baby. Cuba anda bayangkan baby dalam kandungan ibu selama 40 minggu dan lepas tu senang-senang nak lepaskan baby begitu saja. Oleh itu, cara baby nak rasa selamat dan nak dapatkan sumber makanannya, maka baby akan sentiasa melekap dengan ibunya. Lepas jer…nangis..lepas jer tek (payudara)..nangis. Cabaran untuk menguji kesabaran itu tau.

Rasa ibu yang menyusu

Rasa ibu yang menyusu

Tahukah anda? Sebenarnya ibu-ibu yang menyusukan badan akan rasa mengantuk semasa menyusu dan mengepam. Maka jangan hairan semasa menyusukan baby, ibu mengantuk giler sehinggakan tertidur semasa menyusu dan mengepam! Hehehehe…penat wooo. Bukan mudah nak menyusukan anak tapi hati yang kuat seorang ibu untuk menyusukan anak dapat mengalahkan rasa mengantuk dan lapar. Cabaran untuk menguji hormon ibu ni.

Tahukah anda? Ibu-ibu yang menyusukan anak pun sakit-sakit badan semasa menyusu anak sama ada duduk atau baring. Tangan saya sakit semasa menyusu baby sambil baring. Duduk pula sakit belakang. Badan akan rasa sakit bila kita nak buat tegangan. Cabaran untuk menguji kekuatan fizikal ibu ni tau. Kadang-kadang ibu mengalami bengkak payudara. Hanya ibu yang kuat semangat berjaya melalui alam penyusuan ini. Bengkak payudara bukan hanya dialami semasa dalam pantang. Bahkan semasa baby dah beberapa bulan pun ibu akan mengalami bengkak payudara bila kesuntukan masa nak pam ataupun salah lekapan.

bengkak payudara

bengkak payudara

Tahukah anda? Hakikatnya ibu-ibu yang menyusukan baby akan meluangkan banyak masa mengepam. Ini dapat dilihat semasa ibu bekerja. Ibu menyusu akan berfikir 2-3 kali sekiranya ada rakan sekerja mengajak untuk ‘window shopping’ semasa ‘lunch hour’. Kalau biasa, ibu akan mudah jer menerima ajakan rakan-rakan ‘window shopping’ tapi bila ibu menyusukan badan, ibu akan meluangkan masa mengepam susu untuk dibekalkan baby keesokan harinya atau dibuat stok. Demi anak!

Tahukah anda? Baby yang menyusu ibu akan kurang buang air besar bila dah usia lebih sebulan. Bahkan ada baby yang takde poopoo selama 3-7 hari. Anak saya semasa usia 3-4 bulan pula tak bera’ selama 20 hari tapi bila kentut… Fulammak bau woo. Saya call kaunselor laktasi dan beliau memaklumkan dengan saya bahawa baby yang menyusukan badan akan kurang membuang air besar bila usia dah lebih 3 bulan. Cuma pastikan baby sentiasa buang angin. Beliau turut memaklumkan, pastikan perut baby tak meragam dan muka tetap ceria.

Tahukah anda? Realitinya…Ibu-ibu yang menyusu baby akan sentiasa mencuba pelbagai milk booster semata-mata untuk menambah khasiat dan bilangan oz susu yang dipam sekiranya bertemu dengan milk booster yang sesuai dengan badan ibu. Ibu A beritahu dia makan kurma merah ( red dates) dengan longan yang direbus dan hasil pam memberangsangkan, maka ibu B akan turut mencari milk booster tu. Demikian lah ibu-ibu menyusukan baby akan mencari dan mencuba pelbagai milk booster selagi dapat menyusukan baby dan membuat stok untuk baby semasa tinggal bekerja. Ini termasuklah Alfalfa, ESP dan Ostematrix.

Milk booster

Milk booster

Tahukah anda? Sebenarnya ibu-ibu yang menyusukan badan akan berusaha untuk membeli pelbagai jenis pam yang direkomen oleh ibu-ibu yang berpengalaman.. Tak percaya? Cuba tanya ibu-ibu yang menyusukan badan ada berapa jenis pam yang yang mereka miliki? Ada 2 buah, ada yang 3 buah tau. Ada yang membeli jenis manual dan agak ramai yang beli pam jenis elektrik kerana ia lebih menjimatkan masa semasa ibu mengepam. Saya sendiri ada 3 buah pam. Heheheh… Medela swing ( guna semasa travelling), Avent dan Autumz Passion. Ketagih pam tau! Hehehehhe… Saya rekomen ibu yang ingin membeli pam dapatkan pam yang double pam ( pam dua-dua belah payudara) ibu serentak.

Tahukah anda? Anak- anak yang menyusukan badan pun sakit demam, batuk ataupun selsema dan bukannya kalis demam. Kadang-kadang ada ibu yang sinis bertanya… Anak-anak yang menyusu badan pun kerap demam selsema ke? Allah! Semua tu ketentuanNya. Tipulaa anak-anak yang disusu ibu tak demam selsema. Cuma kurang mengalami demam itu adalaaa. Baby demam bila nak tumbuh gigi, nak pandai sesuatu pergerakan seperti berjalan ataupun sebagainya.

Dakapan ibu menenangkan bayi

Dakapan ibu menenangkan bayi

Sampai sini dulu apa yang ingin saya kongsi dengan ibu-ibu sekalian. Semoga para ibu mendapat jawapan bagi sesetengah apa yang dialami oleh ibu yang menyusukan anak. Semoga perkongsian ini berguna untuk semua. Saya sudah lama mengamalkan beberapa jenis vitamin tanpa sintetik@semulajadi ini dan apa yang dapat saya beritahu ialah ‘their effect is priceless’. Jadi, sekiranya anda berminat, anda boleh terus hubungi saya di 012-8585 813. Saya alu-alukan para ibu kongsikan dengan saya pengalaman masing-masing.

Jumpa lagi!bye…

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :