myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (14)

Posted by ckyndyg On July - 8 - 2015 0 Comment

Ahha!

Cerita tentang kecantikan kulit dan penjagaan kulit sensitif sentiasa menjadi topik hot sepanjang masa terutamanya kaum hawa. Tapi sekarang kaum adam pun mengambil berat tentang penjagaan kulit muka – tak nak jerawat, tak nak kulit kering sangatlah, tak nak parut laa dan sebagainya. Ini kerana penampilan kita ternyata mempengaruhi tahap keyakinan seseorang. Kalau mempunyai kulit yang bermasalah, ia tentu mendatangkan rasa kurang gembira untuk bertemu dengan rakan-rakan atau orang sekeliling. Jadi, ketahui punca dan tip yang betul bagi memelihara kulit muka dari menjadi lebih teruk.

kulit bermasalah

kulit bermasalah

Antara punca-punca kulit bermasalah ialah:

Masalah hormon: Gangguan hormon boleh menyebabkan muka berjerawat.

Tekanan: Apabila seseorang berada di dalam keadaan tertekan, jerawat akan timbul kerana ia mempunyai kaitan dengan fikiran sensitif dan rapuh. Kebiasaannya keadaan ini berlaku sebelum seseoran wanita datang haid.

Masalah pencernaan: Bagi seseorang yang sedang diet, ada yang mengambil makanan pedas atau terlalu banyak minuman sejuk, jadi ia boleh mengganggu fungsi pencernaan juga.

Kurang Vitamin: Bagi seseorang yang tidak mengamalkan vitamin, maka sebagai pengganti,  hendaklah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kulit sensitif dan alergi: Jika kulit seseorang itu sensitif, kulit kering atau alergik dengan makanan, maka jerawat pun boleh timbul. Bukan sahaja alergik makanan saja, bahkan ada yang berjerawat akibat alergik dari bahan perawatan kulit, pakaian, pewangi dan sebagainya.

Vitamin C untuk kulit

Vitamin C untuk kulit lebih cantik

Jadi, berikut antara tips yang boleh anda cuba:

Jam 12am – 6am:     Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya kerana kulit yang sensitif akan lambat sembuh bila kurang tidur. Bila tidur tidak mencukupi, pertumbuhan sel baharu akan terhalang, dan berisiko tinggi untuk kulit menjadi semakin sensitif dan berjerawat.

Tip: Guna krim pelembap (moisturiser) yang boleh melembapkan kulit dan menghalang kulit daripada kering.

Jam 7am – 9am: Mulakan hari dengan membasuh kulit muka dengan menggunakan pembersih untuk menghilangkan kotoran. Kalau anda menggunakan kapas muka mencuci muka campur toner, anda akan dapati kulit agak kotor. Jadi, pastikan muka dicuci setiap hari dengan pembersih muka yang sesuai.

Tip: Gunakan pembersih muka yang lembut dan efektif untuk kulit kering dan sensitif. Satu daripada dua wanita di Malaysia memiliki kulit yang kering dan sensitif. Bahkan lebih 64% daripada wanita di Asia menghidap kulit sensitif pada bahagian muka.

terlalu kerap -kulit akan kering

Cuci muka dengan bersih

Jam 10am – 6pm: Pada waktu ini, kulit kita terdedah kepada pelbagai jenis kotoran disebabkan pencemaran udara (persekitaran). Bahkan keadaan itu boleh menyebabkan kulit mengalami iritasi dan keradangan.

Tip: Pastikan anda sapu losen badan bagi membantu melembapkan kulit. Saya menyapu badan saya dengan losen Nivea setiap pagi selepas mandi. Kulit akan berasa lembut dan licin jer.

Jam 7pm – 11pm: Dah seharian kita di luar rumah (bagi yang bekerja), pastikan solekan sudah dicuci dengan pembersih muka yang sesuai. Sambil cuci muka, buatkan urutan dengan perlahan bagi memastikan kulit kita tidak tercedera.

Tip: Gunakan pencuci muka bebas sabun yang diformulasi khas untuk mengekalkan kulit sentiasa lembut dan licin. Supaya kulit muka seperti dalam gambar di bawah. hehehehe…

kulit cantik dan muda

kulit cantik dan muda

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua. Jadi, sekiranya anda ingin share masalah kulit, anda boleh hubungi saya di 012-8585 813 atau emel ckyndyg206@gmail.com. Bye…

Health is wealth!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :