myhabibysuperb.com

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (1)

Posted by ckyndyg On August - 13 - 2015 0 Comment

Ahha!

Seperti ibu lain, 1 bulan sebelum usia anak mencecah 2 tahun, saya turut berasa risau bagaimanakah caranya mahu putuskan susu. Sebelum itu, cuba kenang kembali bagaimana susahnya nak mula menyusukan si comel anda dari lahir hingga membesar selincah kini dengan susu ibu. Takkan lah semudah itu dia mahu melupakan anda dan belaian yang diperolehi semasa menyusu itu? Bayangkan dah 2 tahun asyik bersama ibu time nak menyusu dan suddenly kita nak ceraikan susu dengan dia. Ia proses yang mengambil masa, it takes time and it’s gradual.

Putus susu dengan betul

Putus susu dengan betul

Apa yang perlu disapu? Apa yang perlu saya makan?
Perlukah terus menyusukan dia jika dia minta?
Kalau tak beri nanti kasihan pula..

Banyak petua orang-orang lama yang saya perolehi, sapu asam jawa lah, sapu sos tomato la, sapu herba yang pahit laaa. Somehow saya rasa cara-cara itu tak sesuai dengan saya.

Beberapa tips yang ibu boleh lakukan untuk memudahkan proses baby-led weaning apabila bayi sudah berusia 2 tahun:

1. Tak tolak tapi tak offer.

Setiap kali si kecil minta mahu disusukan, cuba untuk tidak menolak kemahuannya. Tetapi jika tidak diminta, saya tidak offer dia menyusu. Ini yang ibu boleh lakukan pada peringkat permulaan mahu putuskan susu dengan anak. Ini menyebabkan kekerapan menyusu itu berkurang dengan sendiri.

2. Banyakkan pendedahan kepada makanan pelengkap.

Pada waktu siang, semasa anak berada di nursery, tidak perlu bekalkan susu. Jadi, anak akan mendapat nutrisi dari makanan sepenuhnya di sana. Jika di rumah, anak lebih suka makan. Makanan pula seeloknya makanan yang sihat ye, dari sini anak kita akan mula mendapat nutrisi yang lengkap dan baik walaupun tidak melalui susu. Makanan seperti kurma, buah-buahan segar sangat digemari anak-anak, fresh milk kadang-kadang membuatkan mereka lupa nak menyusu.

3. Cuba alihkan perhatiannya dengan aktiviti menyeronokkan.

Ada waktunya anak kita mahukan perhatian daripada kita, dari kecil lagi dia sudah biasa mendapatkan perhatian ibu sesi menyusu. Jadi apa kata cuba alihkan perhatian anak dengan menjalankan aktiviti menarik bersamanya pula. Contohnya main lego ke, puzzle ke, atau aktiviti mewarna dengannya. Pasti dia lebih gembira.

Contoh ayat yang boleh digunakan bila anak mahu susu, “Jom kita color-color/ main-main dulu, nanti kita ‘nenen’ ye..”. Ulang beberapa kali dengan ekspresi wajah yang sangat ceria.

putus susu bby

4. Tidak duduk di tempat yang selalu ibu susukan anak.

Perasan tak, anak kita ni dah terbiasa dengan spot tertentu, tempat biasa kita susukan dia. Jadi bila kita berada di situ, automatik dia akan minta disusukan. Macam saya, di atas katil bilik tidur. Kalau anak nampak je saya kat situ, terus datang nak ‘nenen’. Jadi, saya cuba biasakan diri untuk tidak berada di situ.

5. Sediakan botol air pada waktu malam.

Anak yang lebih besar memerlukan kuantiti air yang banyak mengikut keperluan badan. Sediakan botol minuman berisi air masak dan berikan kepada anak apabila dia dahaga pada waktu malam.

Alhamdulillah dengan beberapa teknik ini, anak-anak akan mula selesa dan mengurangkan kekerapan menyusu dan dia nampak tidak tertekan kerana saya tidak memaksanya. Pada waktu malam dia sudah boleh tidur dengan lena tanpa bangun meminta susu lagi. Berikan masa kepada anak kita untuk membiasakan diri dengan proses ini. Some said nanti anak susah bersosial kerana hanya mahu melekat dengan ibunya, tapi ibu jangan bimbang kerana percayalah anak-anak akan dapat bersosial dengan baik bersama rakan-rakan di nursery walaupun sentiasa menyusu ibu sebelum itu.

Anak bersosial dengan baik

Anak bersosial dengan baik

Namun begitu, sesekali para ibu boleh masih meneruskan penyusuan terutamanya jika anak mengalami selesema atau demam kerana ibu masih dapat membekalkan antibodi kepadanya walaupun usianya sudah mencapai 2 tahun dan kuantiti susu sudah mula berkurang. Sebenarnya anak kita masih mendapat kalori, sel imun dan pelindung dari susu ibu walaupun sudah berusia 2 tahun.

Sebenarnya, anda tidak perlu merasa terpaksa untuk memberhentikan penyusuan anak anda. Kadangkala kita sendiri tidak tahu betapa cinta dan sukanya kita kepada penyusuan ini. Kerap sekali kita rasa kita mesti berhenti sebab orang lain rasa kita perlu. Bila semuanya tak sempurna, kita penat, kita stress, orang disekeliling kita cakap sebab kita menyusukan anak. Walhal ianya normal sahaja. Ironinya, bagi ibu menyusu, perjalanan penyusuan inilah yang membuatkan ibu lebih kuat dan tabah untuk meneruskan hari-harinya.

Sebagai ibu muda yang kurang pengalaman pasti anda mendengar banyak nasihat dan tunjuk ajar dari sesiapa sahaja berdekatan anda. Hakikatnya, hanya anda yang mengenal diri anda, anak anda dan situasi anda sendiri.

Walaupun pada peringkat awal sukar untuk anda mengendalikan segalanya, tetapi as time goes by anda akan belajar mengenali ragam anak anda, bila dia lapar, bila nak tidur, dan bila pula dia mahukan perhatian dan hiburan dari anda. You’ll find a way to handle things dan tetapkan yang mana prioriti dan keperluan anda, dan masih memastikan penyusuan berjaya. It’s you and it’s you that matters.

bf

Sampai sini dulu apa yang ingin saya kongsi dengan ibu-ibu sekalian. Semoga para ibu mendapat jawapan bagi sesetengah apa yang dialami oleh ibu yang menyusukan anak. Semoga perkongsian ini berguna untuk semua. Saya sudah lama mengamalkan beberapa jenis vitamin tanpa sintetik@semulajadi ini dan apa yang dapat saya beritahu ialah ‘their effect is priceless’. Jadi, sekiranya anda berminat, anda boleh terus hubungi saya di 012-8585 813. Saya alu-alukan para ibu kongsikan dengan saya pengalaman masing-masing.

Jumpa lagi!bye…

 

Kredit: Cikgu Ain

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau  mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau  pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi. * This product is not intended to diagnose, treat, cure,or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced. � * Saya adalah wakil Shaklee anda dan penghantaran turut dihantar ke seluruh pelosok negeri/negara. Pilihan pengambilan order sendiri di rumah saya atau jumpa di suatu tempat di kawasan Semariang, Petra Jaya, Matang dan Wisma Saberkas, Kuching Sarawak. Sebarang pertanyaan, sila sms atau hubungi Dayang Norasikin di 012-8585813 atau email ckyndyg206@gmail.com. Anda boleh juga pm saya di fb.

Anda mungkin meminati artikel ini :