Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)

Archive for the ‘Anemia @ HB Low’ Category

Posted by ckyndyg On March - 11 - 2015 Comments Off on Punca Badan Lesu dan Cara Atasinya

Hola! Kita biasa mendengar atau diri sendiri kadang-kadang mengeluh rasa badan yang agak letih. Sehinggakan kita menyalahkan keadaan dengan sibuk bekerja dan menjalankan tugas harian sebagai punca badan kita lesu. Justeru kita sering mendengar nasihat supaya dapatkan tidur yang mencukupi, kurangkan aktiviti sosial (malam), ambil makanan berkhasiat, minum banyak air dan ambil pil vitamin. Ada juga yang nasihatkan kita supaya kurangkan jumlah pengambilan kafein – kurangkan minum kopi ataupun teh. Namun tahukah anda punca badan  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On February - 6 - 2015 0 Comment

Hola! Sewaktu hamil, wanita yang mengandung akan melalui pelbagai masalah akibat perubahan hormon. Salah satunya ialah HB Low atau tahap hemoglobin dalam darah tidak mencapai paras normal semasa mengandung,iaitu 11g% – 11.5 g% ke atas. Jika rendah daripada 11g%, maka ibu hamil perlu tambah pengambilan zat besi dan B12. Bagi mengatasi masalah ini, biasanya doktor akan menasihatkan wanita hamil perlu memulakan pengambilan zat besi sekurang-kurangnya 200mg setiap hari bersama suplemen lain seperti B Complex dan  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On January - 23 - 2015 0 Comment

Hola! Ibu hamil sering mengalami masalah kekurangan zat, keperluan fisiologi yang tinggi dan sukar mendapat zat nutrisi. Salah satunya ialah zat besi. Kebanyakan gejala Anemia semasa mengandung adalah gejala yang mungkin dialami oleh sesiapa sahaja yang tiada masalah anemia sebelum ini. Keadaan ini boleh menyebabkan ibu hamil kelihatan pucat, penat, kadar degupan jantung yang pantas dan sesak nafas. Keadaan kekurangan zat besi yang teruk atau tidak dirawati semasa kehamilan boleh mengakibatkan masalah seperti kelahiran bayi  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On January - 22 - 2015 0 Comment

Hola! “Muka awak pucat” dan ” Awak nampak letih” antara yang selalu diberitahu oleh doktor apabila melihat saya pada awal trimester kehamilan. Saya nampak lesu dan keadaan ini memang agak ketara apabila badan ibu hamil mengalami kekurangan zat besi. Keadaan ini mungkin boleh dikaitkan dengan anemia, iaitu bila seseorang itu tidak memiliki sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke tisu tubuh saya. Jika tubuh ibu hamil tidak mengambil zat besi yang mencukupi atau  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On December - 16 - 2014 0 Comment

Hola! Kini saya hamil 6 bulan anak ke-empat dan tetiba semalam saya pergi check-up bulanan telah mendapati HB low iaitu dengan bacaan 10.3 g/dl. Justeru, saya telah diberi oleh pembantu jururawat B Complex, Folic Acid, Zat besi dan Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan saya. Agak terkejut juga kerana ini kali pertama saya mengalami HB low dan ia agak merungsingkan kerana ia boleh mengancam proses kelahiran bayi dalam kandungan. Saya juga telah  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On February - 26 - 2014 0 Comment

Hola! Baru-baru ini saya menerima whatsapp daripada seorang ibu mengandung dan ingin mengetahui apakah jenis suplemen yang boleh diambil apabila HB Low. Ibu tersebut amat bertuah kerana bulan ini kebetulan promosi salah satu suplemen yang WAJIB diambil oleh ibu mengandung yang mengalami HB Low iaitu VITALEA. HB rendah atau juga dikenali sebagai anemia berhubungkait dengan paras zat besi yang rendah. Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan  [ Read More ]