Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (8)

Archive for the ‘Berpantang’ Category

Posted by ckyndyg On April - 15 - 2015 0 Comment

Ahha! Semasa dalam pantang saya percaya ibu yang menyusukan anak akan mengalami bengkak susu. Bengkak susu sehinggakan sakit yang dialami memang tak terkata. Sentuh payudara pun tak dapat. Baru-baru ini saya kena bengkak susu selepas beberapa minggu dalam pantang menyusukan anak saya. Adoiyai… menguji kesabaran seorang ibu yang beriltizam hendak menyusukan anak sepenuhnya tanpa susu formula. Bengkak susu berlaku apabila kita tidak melekapkan bayi dengan betul, posisi yang salah, lubang susu tersumbat dan kurang kerap  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On April - 7 - 2015 0 Comment

Hola! Lama tak bersua lepas 2 minggu bersalin. Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby boy Nu’man Haaridh pada 21 Mac 2015 yang lepas. Nanti saya akan kongsi entri tentang kelahiran yang istimewa dan dilapangkan Allah saya bersalin anak ke empat saya. Dalam entri ni saya nak share tentang khasiat Lecithin yang pada masa yang sama ianya tengah promosi bulan ini. Badan kita tak boleh hasilkan Lecithin tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecithin boleh diperolehi melalui  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On February - 28 - 2015 0 Comment

Hola! Pemakanan yang betul semasa dalam pantang amatlah penting. Bagi saya, saya lebih suka gabung perubatan moden dan pemakanan yang tradisional semasa dalam pantang. Pemakanan ni penting kerana ia akan membantu memastikan badan kita benar-benar sihat dan segar semasa dalam pantang. Menyusukan anak dan penjagaan diri dalam pantang perlu diutamakan. Ini supaya kedua-dua pihak saya dan anak@bayi mendapat kesihatan yang baik sepanjang dalam berpantang. Semasa bersalin ibu berkerah dengan hebat, urat saraf banyak cedera dan  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On January - 19 - 2015 0 Comment

Ahha! Pernah dengar berpantang dari sudut Islam? Kurang isu berpantang dalam Islam dibangkitkan di mana-mana. Ini kerana berpantang berasal dari adat Melayu, iaitu bermaksud hari-hari yang perlu ibu tempuhi selepas melahirkan anak sama ada 40 hari atau 44 hari dan ada juga yang sampai 100 hari. Tapi biasanya kita guna 40-44 hari yang dikatakan penuh tradisional dan kurang ‘strict’ bila dah lebih 60 hari. “Semasa waktu Rasulullah SAW, wanita di dalam nifas akan duduk (dikecualikan  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On January - 15 - 2015 0 Comment

Hola! Menjalani proses berpantang selepas bersalin telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayu. Actually, berpantang mempunyai banyak sangat kebaikan terhadap si ibu kerana ketika berpantang, ibu perlu menjaga tubuh secara luaran dan dalaman. Hasilnya, selepas berpantang ibu akan kembali mendapat bentuk badan seperti sebelum mengandung – berat badan yang banyak turun dan air susu pula mencukupi untuk anak tersayang selama 6 bulan. Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada pil, tablet atau kapsul memudahkan ibu-ibu menjalani tempoh  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On December - 19 - 2014 0 Comment

Ahha! “Bayangkan bagaimana takutnya saya untuk ke bilik air dan terpaksa menunggu lama kerana takut  luka jahitan yang masih baru akan terbuka”. Antara kerisauan yang dialami oleh ibu berpantang. Sembelit atau takut nak buang air besar antara masalah yang agak menakutkan ibu berpantang. Bukan apa… ibu imagine tempat jahit itu akan  terbuka bila nak teran. Apatah lagi bila makanan yang diambil semasa berpantang tidak seimbang. Antara situasi  yang kebanyakan ibu alami semasa berpantang ialah :  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On September - 18 - 2014 0 Comment

Ahha! Nak menyusukan anak tanpa mengira anda bersalin secara normal ataupun pembedahan/caesar. Tiga hari pertama selepas kelahiran, tubuh menghasilkan kolostrum. Jadi, ibu yang baru lepas bersalin, boleh direct feeding baby supaya baby dapat kolostrum yang terbaik. Susu ibu merupakan makanan lengkap yang cukup sempurna untuk baby. Tidak ada sebarang susu tiruan atau produk buatan manusia yang setanding dengan dengan khasiat susu ibu apatah lagi kolostrum. Ia mengandungi semua zat yang diperlukan dalam kadar yang betul.  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On July - 16 - 2014 0 Comment

Ahha! Tubuh wanita@ bakal ibu yang hamil melalui pelbagai perubahan metabolik dan kesannya ibu perlu meningkatkan keperluan kalori. Semua kita menyedari akan kepentingan sesetengah nutrien dan bagaimana ia dapat meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang baru lepas dilahirkan. Dalam pada masa yang sama, ibu perlu mengambil tahu nutrien-nutrien yang diperlukan supaya ibu yang baru lepas bersalin kekal bertenaga dan dapat menyusukan anak dengan jayanya. Jadi, saya nak share cara yang dapat mengekalkan ibu lepas bersalin  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On May - 13 - 2014 0 Comment

Ahha! Seseorang ibu telah selamat bersalin akan tiba masanya untuk berpantang. Ada ibu baru yang akan dijaga oleh seseorang yang biasanya ibu atau ibu mertua. Mereka akan menolong menyediakan keperluan makan serta membantu dalam penjagaan bayi. Ada juga ibu yang bernasib baik kerana ada penjaga yang diupah untuk menjaga, membantu dan meringankan ibu semasa dalam pantang termasuklah menjaga bayi. Macam semasa ibu hamil, mereka akan menjaga pemakanan kan. Demikian juga penjagaan pemakanan ibu semasa dalam  [ Read More ]

Posted by ckyndyg On May - 1 - 2014 0 Comment

Hola! Setelah 40 minggu baby di dalam kandungan, kini dah tiba masanya baby menjengah dunia. Ibu pasti melalui 1001 kepayahan dalam proses melahirkan anak. Saat yang sangat mendebarkan meskipun dah 6 orang anak. Setiap ibu pasti mempunyai episod kelahiran yang berbeza untuk setiap anak yang dilahirkan. Ada ibu dibedah, ada ibu normal dengan bantuan alat-alat (vacuum),  dan ibu normal dan mudah sahaja semasa bersalin. Semuanya demi melahirkan anak tercinta ke dunia. Sakit macam mana pun  [ Read More ]